Setelah diteliti akan siri penayangan klip video
Taliban Malaysia dan klip video Memali serta serangan
BN dan media-media mereka, saya merasakan rancangan
mereka adalah untuk mengharamkan PAS. Motif
penayangan tersebut adalah kerana mereka hendak rakyat
berfikir bahawa pengharaman PAS tersebut adalah wajar
untuk membasmi unsur-unsur keganasan di dalam negara
ini. Sebab itulah mereka telah memutarbelitkan
temuramah dengan Azmi yang dikatakan salah seorang
pengikut Ustz. Ibrahim.
Temuramah dengan Azmi yang dikatakan salah seorang
yang terlibat didalam tragedi tersebut juga telah
diputarbelitkan. Apabila beliau di tanya adakah
mereka tersebut mati syahid.. Azmi mengatakan memang
mereka syahid sebab mereka hanya mempertahankan hak
mereka dan yang menyerang (polis) pula ada yang bukan
Islam. Tetapi telah diputar belitkan untuk
menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam tragedi
tersebut telah "sedar" akan kesilapan dan Ustaz
Ibrahim dan PAs telah menyesatkan akidah mereka.
kenapa mereka tak menyiarkan keseluruhan temuramah
tersebut dan hanya berselang seli dengan ulasan oleh
pihak RTM? Ini adalah kerana mereka tak mahu pekara
sebenar diketahui ramai kerana ramai pengundi muda
sudah tidak mengetahui peristiwa tersebut. Oleh itu
penyokong BA dan parti pembangkang yang lain haruslah
enggan membayar cukai radio dan TV kerana wang
tersebut akan digunakan oleh pihak RTM dan RTM sudah
menjadi biro penerangan BN, bukan sebuah agensi
kerajaan lagi. seperti kata Astora Jabat didalam
Mingguan Malaysia 3 Febuari lalu, parti pembangkan pun
sebahagian dari institusi kerajaan, oleh itu RTM
sebagai badan kerajaan tidak boleh menyerang PAS dalam
bentuk propaganda tersebut. mereka hanya boleh
menerangkan akan dasar kerajaan dan bukan menyerang
mana-mana parti pembangkang didalam negara ini kerana
parti pembangkang juga adalah sebahagian dari
institusi kerajaan.
Mereka telah berusaha semasa tragedi Sauk dengan
mengaitkan PAS dengan kumpulan Al Ma'unah tetapi
malang bagi mereka, PAS tidak masuk didalam perangkap
mereka. Ini disahkan oleh seorang wartawan yang makan
semeja dengan saya di restoran Mc Donald Masjid jamek
pada hari DSAI dijatuhi hukuman pada 8 Ogos 2000.
kemudian lihat pula akan apa yang diucapkan oleh
Mahathir di New York baru-baru ini... Bayangkan beliau
menyerang PAS di forum antarabangsa. Ini seolah-olah
untuk menarik sokongan antarabangsa didalam usaha
mengharamkan PAS dan supaya bliau tidak di kutuk
sebagai anti demokrasi oleh masyarakat antarabangsa
apabila mengharamkan PAS kelak.. Kenapakah membawa isu
didalam negara ke luar negara....?
Selain dari itu kita dapati bahawa Mahathir akan
berada diluar negara selama sebulan dan dari segi
sejarahnya, banyak tragedi akan berlaku semasa beliau
tiada di dalam negara. Jadi, kemungkinan satu
tindakan terhadap PAS akan dilakukan didalam masa
terdekat ini.
Anak perelih