UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Maklumat dari Kangar selepas pilihanraya.

Semasa pulang bercuti ke Perlis baru-baru ini, saya diberitahu oleh saudara mara saya di Kangar bahawa antara punca kekalahan dan penurunan undi Melayu kepada KeADILAN di Indera kayangan adalah kerana

1. politik wang UMNO/BN dimana pengundi-pengundi diberi RM100 untuk mengundi BN. Disamping itu, jamuan makan kepada pengundi diadakan hampir pada setiap malam untuk untuk membeli undi.

2. VDC lucah perlakuan seks yang dikatakan dilakukan oleh DSAI juga ditayangkan oleh Puteri UMNO. Ini jelas menunjukan bahawa mereka - mereka yang terlibat terutamanya puteri UMNO adalah rendah moralnya kerana sanggup menayangkan VCD lucah kepada penduduk di Kangar.

3. Undi hantu dimana kad-kad pengenalan yang beralamatkan di kawasan Kangar telah diberikan kepada pengundi-pengundi hantu yang banyak semasa hari pengundian.

4. Undi Pos. Adalah tidak masuk akal yang pengundi pos adalah 700 lebih iaitu hampir 10% pengundi berdaftar dan lebih dari 10% yang keluar mengundi di Kangar adalah polis. Selain dari itu, jumlah 700 orang tersebut adalah menyamai dengan kekuatan 1 batallion pasukan sedangkan kekuatan polis Kangar adalah tidak begitu besar. Adakah semua polis di Perlis tinggal di Kangar? Adakah polis di Kuala Perlis, Sanglang, dan Padang Besar juga tinggal di Kangar? Selain dari itu kenapa semua sekali berada di kawasan Kampung Bakau? sedangkan ramai yang menyewa rumah serta membeli rumah di kawasan-kawasan lain seperti Pengkalan Asam, Derma, Bintong dan lain-lain lagi...? ini menunjukkan sesuatU yang tidak betul berlaku bersabit dengan undi pos tersebut.

5. BN/UMNO mengatakan kepada pengundi yang pembangkang ganas di hari hari pengundian dimana kes seorang polis ditumbuk sehingga patah gigi dituduh sebagai angkara penyokong PAS, bukan oleh angkara penyokong UMNo seperti yang dilapurkan.

selain dari itu, saya dapati juga mereka-mereka yang ditangkap dan dicam dengan kes menyerang en. Johari termasuk seorang anak saudara Shahidan Kasim juga senyap begitu sahaja. Ada yang mengatakan bahawa mereka sekarang ini berada di penjara Alor Setar dan ada yang mengatakan mereka telah dibebaskan oleh Abdullah Badawi.

Selain dari itu, saya dapati yang Dato' Azhar Mansor tidak terlibat dengan kempen BN di Indera kayangan walaupun beliau seorang pengundi berdaftar di kawasan tersebut dan seorang public figure yang dibangga-bangakan oleh Dr. Mahathir. Mungkin sebab itu yang beliau diminta membawa Dr. Mahathir ke Antartika untuk menunjukkan yang beliau menyokong akan kepimpinan Dr. Mahathir. Terima kasih kepada beliau yang tidak membenarkan dirinya dupergunakan semasa kempan pilihanraya tersebut.

Anak Perelih






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com