UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Political Science 101 - Kursus asas pendek sains Politik untuk pemimpin UMNO/BN serta Polis.

Alasan yang diberikan untuk mengharamkan ceramah pembangkang dan untuk menutup Pasti adalah kerana ia menyemai perasaan membenci kerajaan dan ini mengancam keselamatan negara. Saya ingin bertanya... bagaimana pula program untuk menanam perasaan membenci pembangkang seperti yang dilakukan oleh jentera-jentera Kerajaan seperti BTN, RTM, Kementerian Penerangan dan lain - lain lagi. Adakah ini juga mengancam akan keselamatan negara? Adakah BN sahaja kerajaan..? Adakah ini juga mengancam keselamatan negara?

Didalam negara demokrasi, kerajaan adalah institusi yang mengandungi tiga cabang iaitu legislatif, exekutif dan kehakiman dimana Raja/Presidan akan berada diatas tiga cabang ini. Cabang legislatif adalah mewakili rakyat sesebuah negara dimana ahlinya termasuklah parti yang menang pilihanraya sebagai parti memerintah, parti pembangkang yang menang di kawasan-kawasan tertentu, mereka-mereka yang dari parti bebas yang menang yang menang di kawasan tertentu semasa pilihanraya dan Dewan ketuanan - senate, House of Lord atau Dewan Negara . Cabang exekutif adalah terdiri dari mereka-mereka yang dilantik sebagai menteri/kabinet. sesetengah negara mereka ini tidak dibenarkan berada di cabang exekutif juga. tetapi di Malaysia, mereka ini dimestikan dari cabang legislatif. Cabang kehakiman pula adalah adalah terdiri dari mereka yang berada di institusi kehakiman.

Hanya di negara-negara yang mengamalkan fahaman komunis seperti di bekas Soviet Union dan fahaman fasist seperti di Jerman semasa pemerintahan parti NAZI sahaja yang menganggap bahawa kerajaan adalah hanya parti memerintah iaitu parti komunis dan parti NAZI. Oleh itu, jika BN/UMNO menganggap hanya parti memerintah sahaja adalah kerajaan seperti sekarang ini, maka adakah BN/UMNO mengamalkan fahaman politik komunis dan fasist seperti parti komunis Soviet Union atau parti NAZI di Jerman semasa dan sebelum perang dunia ke 2?. Jika tidak, maka BN/UMNO hendaklah menghentikan akan tuduhan parti pembangkang menyemai perasaan membenci kerajaan kepada rakyat yang retorik ini.

Jadi kenyataan bahawa usaha menghasut rakyat untuk membenci kerajaan adalah bermaksud untuk membenci ketiga-tiga cabang kerajaan ini. Ini juga bermaksud tuduhan yang perti pembangkang menghasut rakyat membenci kerajaan adalah juga bermaksud parti pembangkang menghasut rakyat untuk membenci mereka sendiri (parti pembangkang) kerana mereka juga adalah sebahagian dari institusi kerajaan di negara ini.

Oleh itu saya merasakan bahawa alasan pengharaman ceramah serta cadangan untuk menutup Pasti atas alasan institusi ini menanam perasaan benci kerajaan adalah semata- mata untuk keselamatan politik UMNO dan BN sahaja, bukan untuk keselamatan negara.

Anak Perelih






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com