UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mat Taib vs Khir Toyo

oleh: AKUPUNYA

Tan Sri Muhammad Mohd Taib telah diturunkan pangkat dari Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor kepada Timbalan. Kesian betullah mungkin inilah imbuhan ke atas kemenangan Bn di Indera Kayangan tempohari selaku pengarah pilihanraya bersama. Tempatnya diberikan kepada Menteri Besar Datuk Sri Dr. Mohd. Khir Toyo. Ini akan menimbulkan api dalam sekam yang terus merebak luas dalam UMNO.

Mat Taib menjadi Pengarah Pilihanraya di IK Perlis. BN telah berjaya mengekalkan kemenangan. Tapi beliau telah diturunkan jawatan. Ini sudah tentu akan panas hati kerana sebelum ini UMNO Selangor dikawal oleh Mat Taib. Khir Toyo selalu menghadapi masalah sebab dia Menteri Besar akan tetapi bukan Pengerusi UMNO Negeri. Sekaranglah masa untuk membalas dendam.

Di kalangan EXCO kerajaan negeri Selangor, ada yang berminat sungguh mahukan jawatan Menteri Besar sehingga ada yang buat majlis baca yaasin dan solat hajat untuk dapatkan jawatan, tapi rupanya anak muda Khir Toyo yang dapat. Exco lain, kata Mahathir, semua tak bersih. Sudah tentu ada yang berdendam dengan Khir Toyo. Sebab itulah kes penyelewengan Khir Toyo sekarang semakin banyak dibocorkan. EXCO UMNO beri pada "orang ketiga" untuk dibocorkan. "Orang ketiga" tak salah sampaikan kepada rakyat. Rakyat berhak tahu apa jadi dengan negerinya, bayaran cukainya, dan harta negeri Selangor.

Khir Toyo akan mengumumkan rombakan Exco tidak lama lagi untuk mengukuhkan kedudukan beliau dipersada kekuasaan dengan menyingkirkan mana-mana exco yang "melawan boss".

Dendam mendendam, cantas mencantas akan terus mekar dalam UMNO kerana UMNO di didik dengan wang dan kuasa. Siapa ada wang dia berkuasa. Siapa ada kuasa dia boleh kaut kekayaan melalui projek kronisma, nepotisma, dan rasuah. Jadi, mereka akan berusaha mati-matian untuk dapatkan kuasa. Sanggup buat fitnah, ugut, dan bunuh sesama mereka. Itulah budaya UMNO. Sebut sahaja nama UMNO, first impression ialah wang, perempuan, kuasa, projek...tapi orang kampung tak tahu...orang belajar pandai sampai Ph.D. pun berfikiran buta tuli...sebab apa...sebab mereka sama juga..ada kepentingan duit, kuasa, pangkat di tempat kerja dan kemudahan yang diberikan oleh UMNO.

karkunku@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com