UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Penyelesaian dan Penjelasan Isu Balak di Terengganu

oleh: AKUPUNYA

Segala tuduhan yang tidak berasas ke atas isu balak di Terengganu telah ditangkis oleh Menteri Besar Terengganu, Terpulanglah kepada rakyat Terengganu dan seluruh rakyat Malaysia untuk mempertikaikan atau menolak ketelusan pemerintahan PAS/BA.

Kepimpinan kerajaan Terengganu dengan beraninya menangkal dan menyanggah apa yang disifatkan sebagai memburuk-burukkan imej pemerintahan PAS/BA sepertimana yang dilakukan ke atas pemerintahan PAS di Kelantan dahulu.

Atas dasar inilah Kerajaan Terengganu telah mempertahankan tindakan dan keputusan yang diambil adalah tepat dan mengikuti kehendak perundangan demi kepentingan rakyat Terenggnu seluruhnya.

Kerajaan Pas Terengganu telah mengakui meluluskan kawasan balak seluas 16,400 hektar di Hutan Simpan Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu kepada syarikat pembalakan SPPJ Sdn Bhd bernilai RM260 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata kelulusan kawasan pembalakan untuk projek empangan hidro elektrik kedua Tasik Kenyir itu dibuat secara tender terbuka, bukan tender tertutup seperti dilaporkan akhbar Al-Haq edisi terbaru Januari 2002 terbitan Biro Penerangan Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

SPPJ juga menyatakan kesanggupan membayar dua peratus atau RM5.2 juta wang pendahuluan itu kepada kerajaan negeri bukan kepada parti. Beberapa syarikat lain turut memohon kawasan itu dengan tawaran tender yang lebih tinggi tetapi apabila ditawarkan syarikat terbabit tidak berkemampuan membayar wang cagaran ditetapkan.

Menteri Besar Terengganu menafikan dakwaan kawasan itu diluluskan kepada sebuah syarikat yang menjadi kroni Ahli Exco negeri yang hanya dikenali Datuk Marzuki. Sungguhpun kononya banyak aduan diterima mengenai penyelewengan yang dilakukan Ahli Exco negeri, tetapi mereka tidak dapat membuktikan dakwaan itu,. Oleh itu, kerajaan negeri membuka pintu kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat. bukan sahaja di kalangan Exco, malah Menteri Besarpun BPR boleh siasat.

BPR sudah melakukan penyiasatan dan mendapati tidak ada bukti yang boleh diketengahkan di samping itu kerajaan negeri juga mempunyai Jawatankuasa Hisbah untuk memantau dan mengumpul maklumat mengenai penyelewengan yang dilakukan kerana mahu menjadi kerajaan yang bersih.

Mengenai kelulusan tanah untuk projek sekolah di negeri ini, beliau berkata, daripada 50 permohonan yang diterima, 20 tapak sekolah sudah diluluskan dan selebihnya masih dalam pertimbangan kerajaan negeri kecuali dua yang ditolak kerana bertindih dengan kepentingan awam, termasuk untuk padang bola dan kawasan penempatan penduduk.

Bagaimanapun, katanya, dua yang ditolak itu diperbesarkan dan dijadikan isu untuk memburukkan kerajaan negeri.

Segala taktik dan teknik yang dimainkan oleh BN/UMno untuk memburuk-burukkan pemerintahan PAS/BA terus dimainkan sedari kejayaan pembangkang menumbangkan BN di Kelantan lagi. Pembangkang sudah cukup masak untuk berdepan dengan reverse-psycho yang dihidangkan saban hari.

karkunku@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com