UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Muzakarah mengenai isu DOSA dan PAHALA

oleh: AKUPUNYA

PAS sekali lagi menyahut cabaran UMno untuk mengadakan muzakarah terhadap isu dosa dan pahala yang diperkatakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat demi memberikan gambaran sebenar tehadap ucapan beliau.

PAS bersedia bermuzakarah dengan pemimpin atasan parti pemerintah berhubung isu pengundi mendapat pahala apabila mengundi kerajaan yang mahu melaksanakan tuntutan syariat. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bermuzakarah dengan pihak yang membuat dasar dan bukan kepada pihak bawahan perlu diadakan.

Baru-baru ini, Presiden Umno, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, Nik Abdul Aziz bertindak seolah-olah sebagai Tuhan yang boleh menentukan pahala seseorang. Menurut Dr Mahathir, beliau tidak faham bagaimana Nik Abdul Aziz memperoleh mandat itu sehingga mampu menentukan seseorang layak masuk syurga atau neraka.

Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan kesal kerana hujahnya mengenai perkara itu tidak dibalas dengan hujah bagi menyanggah ucapan tersebut. Namun apa yang berlaku sekarang mereka cuba hendak jawab dengan undang-undang (untuk mengambil tindakan) yang bercirikan ugutan dan bukannya sebagai hujah.

”Ugutan mungkin boleh memberhentikan mulut sahaja, tetapi jiwa saya masih tetap berpegang kepada perkara benar. Kalau mereka hendak mengambil tindakan undang-undang, ia terpulang kepada mereka kerana masih mempunyai kuasa sekarang," katanya.

Perkara seperti itu sudah berlaku sejak zaman lampau, di mana Firaun menentang Nabi Musa, Abu Jahal melawan Nabi Muhamad saw ketika menyatakan kebenaran agama Allah. Katanya, sebagai manusia biasa beliau tidak dinafikan bimbang sekiranya mahu diambil tindakan undang-undang dan bukan berhujah berdasar nas al Quran dan Hadis.

Menteri Besar berkata, lahirnya pelbagai reaksi terhadap kenyataan awalnya berhubung soal pahala dan dosa, menggambarkan ia petanda yang baik. "Bagaimanapun kalau ada pendapat mengatakan isu itu menyebabkan timbul perpecahan, ia adalah tidak benar. "Sebenarnya orang Islam semakin rapat di antara mereka bila menghayati perkara tersebut, ini kerana Islam menganggap dunia ini kepala dan ekornya adalah akhirat," tambahnya.

Beliau berkata, masalah dosa pahala bukan Islam sahaja menyatakan demikian, malah semua agama di dunia terbabit dengan dosa dan pahala. Bagaimanapun katanya, pihak yang tidak terlibat dengan dosa pahala hanya isme (fahaman ciptaan manusia) atau teori untuk mengurus sesama manusia sahaja.

"Pahala tidak ada dalam kepala manusia yang mencipta isme, malah tulisan di kubur Firaun di Mesir, menyebut si mati akan mendapat pahala kelak dan layanan baik di akhirat kelak. "Firaun pun mengaku wujud akhirat, syurga dan neraka. Jadi Islam berbeza dengan bukan Islam, sekular tidak libatkan langsung dengan persoalan dosa dan pahala. "Pemerintahan sekular tidak pedulikan masalah dosa pahala," katanya.

Beliau berkata, kenyataan awalnya menyebut orang yang mengundi PAS pada tahun 1990 sehingga berjaya membentuk kerajaan dan menghapuskan perkara mungkar seperti amalan riba mendapat pahala. Kataya, riba adalah benda mungkar yang Allah Taala sendiri ajak hendak berperang dengan golongan itu.

FirmanNya, 'Hai Muhamad kalau ada orang mengajak pihak lain kepada amalan riba, mari kita berperang. "Jadi untuk menyelamatkan rakyat Kelantan daripada diajak berperang oleh Allah Taala, maka kita buang riba dan ganti dengan Ar Rahn. "Begitu juga pinjaman kepada pegawai kerajaan kita tidak gunakan riba. Ini adalah suatu kejayaan yang mana kerajaan lain tidak buat. "Kita bentuk kerajaan di atas nama Islam," katanya.

Oleh itu, beliau berkata, kenyataannya sebelum ini boleh menimbulkan pecah belah tidak wujudnya kerana tanggungjawabnya memberitahu perkara benar."Kalau hendak dikatakan pecah belah berlaku terhadap Umno mungkin.. kerana orang tidak akan sokong lagi parti itu kerana mereka (pemimpin Umno) tidak mempedulikan masalah dosa pahala.

Ramai tokoh ulamak kesal dengan kenyataan yang disifat beragenda dan berkepentingan 'makan gaji' segelintir ulamak kerajaan di negara ini mengenai isu pengundi mendapat pahala apabila mengundi kerajaan mahu mendaulatkan Islam.

Mereka berkata, ulamak yang bertaraf mufti dan anggot majlis fatwa lebih mengutamakan status kedudukan daripada memperkatakan hakikat sebenar mengenai agama.

Malah persoalan pahala dan dosa bagi rakyat yang memilih kerajaan mahu melaksanakan Islam boleh difahami secara mudah oleh kanak-kanak di peringkat pra persekolahan lagi.

Persoalan dosa dan pahala adalah perkara jelas dan tidak perlu disembunyikan di sebalik agenda lain. Isu itu tidak mempunyai sebarang kekeliruan kerana asas fiqah mengenai dosa dan pahala bagi mereka yang mahu kepada kerajaan mendaulatkan Islam adalah jelas.

Kenyataan sesetengah ulamak makan gaji mengenai perkara itu menggambarkan sikap ketidakjujuran mereka terhadap ilmu yang dimiliki sendiri.

Sepatutnya sekiranya ada di kalangan mereka yang mahu berhujah, ia perlu dilengkapkan dengan nas-nas al Quran dan Hadis dan bukannya membuat kenyataan umum yang tersembunyi.

Pelbagai pihak mengulas kenyataan awal Menteri Besar Kelantan berhubung pengundi yang mengundi PAS bagi mendaulatkan Islam di negeri ini akan mendapat pahala dengan lojik akal semata-mata.

Akhbar bertarikh 24 Januari lalu, memetik kenyataan Mufti Kerajaan Kelantan Dato' Hasbullah Mohd Hassan sebagai berkata, umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai hukum termasuk soal pahala yang diberi Tuhan kepada manusia. Menurut mufti berkenaan, tidak semestinya tidak undi PAS tidak dapat pahala tetapi mungkin undi yang lain dapat pahala.

Manakala akhbar bertarikh 29 Januari pula melaporkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengingatkan syurga denga sokongan kepada orang tertentu adalah menyalahi ajaran Islam dan harus dihentikan bagi mengelakkan kekeliruan umat.

karkunku@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com