UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ulasan mengenai isu-isu semasa

oleh: AKUPUNYA

Dalam Utusan bertarikh 25-Okt-2000, petikan-petikan ucapan Mahathir yang bertajuk "Semak Semula Tafsiran Lama" yang mencadangkan mentafsirkan semula Islam:

"Undang-undang Islam tidak ditolak di Malaysia oleh kerajaan Malaysia. Tetapi adalah diakui bahawa pada masa sekarang dengan keadaan semasa,ia tidak mungkin dapat dilaksanakan sepenuhnya."

"Barangkali kerana itulah undang-undang Islam didasarkan langsung kepada al-Quran dan hadis. Tetapi al-Quran dan hadis selalunya terbuka untuk ditafsir."

"Kalau Islam mahu sekali lagi menjadi agama adil, para cerdik pandai undang-undang Islam mesti melihat semula tafsiran lama Islam, terutamany yang berkaitan dengan keadilan."

KOMEN:

Bukankah Mahathir sendiri terang-terang menyuruh mentafsirkan semula Al-Qur'an & Hadis demi untuk penyesuaian dengan perjuangan politiknya???

MENGELUARKAN FATWA ISLAM DENGAN SEWENANG-WENANGNYA TANPA MERUJUK MANA-MANA PIHAK

Fatwa Mahathir dalam Utusan bertarikh 30-Jan-2002:
``Umpamanya asas Islam amat mudah. Apa yang diwajibkan sedikit sahaja. Untuk menjadi orang yang beragama Islam, yang diwajibkan ialah naik saksi bahawa tidak ada Tuhan disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

`Tetapi kita suka menokok tambah berbagai-bagai syarat sebelum orang yang sudah pun Islam diterima sebagai orang Islam,'' katanya.

KOMEN:

Lihatlah fatwa Mahathir, no wonder-lah "negara Islam" yang hendak dibawa/dipimpinnya boleh campur aduk halal-haram.

MENGHALALKAN AURAT SUARA WANITA PAS SEMASA BERKEMPEN DALAM PILIHANRAYA UMUM UNTUK MENJATUHKAN BN

Ucapan Mahathir di Kongres Pendidikan Melayu Pertama di Dewan Merdeka, PWTC 1 September 2001:

"Demikian ada sekolah yang memaksa seluar panjang dipakai semasa bermai bola sepak kerana seluar pendek dianggap tidak Islam. Kita lihat pemain-pemain bola sepak dari negara Islam seperti Arab Saudi dan lain-lain memakai seluar pendek semasa bersukan dan lain-lain masa pun tetapi tidak ada guru atau guru besar ataupun pegawai kementerian yang berani berkata bahawa seluar pendek perlu dipakai.

Banyaklah lagi kegiatan dan rupa bentuk yang dikatakan mencerminkan Islam ditekankan ke atas sekolah-sekolah kebangsaan. Semua ini menyebabkan ramai orang Cina mengelak daripada memasukkan anak mereka ke sekolah kebangsaan."

KOMEN:

Bukankah Mahathir tidak gemar dengan penekanan Islam di sekolah kebangsaan kerana menyebabkan masyarakat Cina tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan dan antara contoh yang Mahathir guna ialah penekanan menutup aurat ketika bersukan?

MENGHALALKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI KALANGAN ORANG KAFIR

Dalam Utusan 18-Jun-2000, ucapan Mahathir:

KUALA LUMPUR 17 Jun - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, suatu hari nanti jawatan Perdana Menteri akan disandang oleh orang keturunan Cina atau India iaitu apabila rakyat Malaysia tidak lagi dibelenggu soal perkauman.

Perdana Menteri menegaskan bahawa perkara itu hanya boleh berlaku sekiranya semua kaum terutama orang Melayu dapat menerima orang Cina, India atau bumiputera lain untuk menduduki jawatan tersebut.

Menurut Dr. Mahathir, sesiapa sahaja dan mereka dari apa jua keturunan termasuk bumiputera bukan Melayu berhak menjadi Perdana Menteri, yang tidak semestinya disandang oleh keturunan Melayu sahaja.

Malah, Perlembagaan Malaysia, jelas beliau, tidak ada menyebut mengenai keturunan bagi melayakkan seseorang itu menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, proses ke arah MEREALISASIKAN PERKARA TERSEBUT SUDAHPUN BERJALAN dan jika semua pihak sensitif terhadap cita rasa rakyat negara ini, soal kaum dan keturunan tidak lagi akan menghalang sesiapa sahaja daripada memegang apa-apa jawatan.

Sehubungan dengan itu, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN)berkata, parti-parti komponen BN termasuk MCA perlu berusaha ke arah itu dan percaya ia boleh dicapai dengan cara tersendiri iaitu menerusi perpaduan kaum yang sebenar.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung MCA ke-47 di sini yang kemudiannya disambut dengan tepukan gemuruh oleh ahli-ahli parti itu.

KOMEN:

Tidakkah Mahathir juga memberi 'green light' bahawa orang bukan melayu boleh menjadi PM. Adakah perlembagaan Malaysia yang diluluskan oleh British mengatakan bahawa hanya orang Islam boleh menjadi PM? Sekiranya tidak, tidakkah ini bermakna Mahathir juga sudah bagi 'green light' bahawa orang kafir juga boleh jadi PM??

GAGAL MEMPERKENALKAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN KERANA TERLALU CETEK DALAM BIDANG PERUNDANGAN ISLAM)

Dalam Utusan Online bertarikh 13-Ogos-1999, Mahathir ada berkata:
''The hudud approved by the Kelantan government is an effort to place the federal government in a dilemma... The Kelantan government knows that the HUDUD CANNOT BE IMPLEMENTED by Kelantan UNLESS AGREED TO BY THE FEDERAL GOVERNMENT,'' he said.

JELAS bahawa kerajaan pusat-lah (BN) yang menjadi penghalang kepada perlaksanaan hukum hudud di Kelantan dengan diakui oleh Mahathir sendiri!!!

MENYALAHGUNAKAN KUASA DALAM PEMBERIAN BALAK DI KELANTAN

Dalam Utusan 3-Jul-2000:
"Keterangan mahkamah Shafie adalah berkaitan dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad supaya memberhentikan penyiasatan terhadap pengarah Unit Perancang Ekonomi ketika itu, Tan Sri Ali Abul Hassan pada Jun 1998.

"Note: Shafie - Datuk Shafie Yahya, bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR)

KOMEN:

Tidakkah ini membuktikan bahawa Mahathir MENYALAHGUNAKAN KUASA dalam campurtangan terhadap penyiasatan BPR?? Dan ironi-nya, kenapa BPR tidak bertindak di Kelantan sedangkan BPR dikuasai oleh kerajaan pusat?

GAGAL MEMERINTAH KELANTAN . KELANTAN MENJADI MUNDUR RAKYAT KELANTAN HIDUP DALAM KEMUNDURAN

Sedangkan hudud tidak dapat dilaksanakan oleh kerana tidak dapat persetujuan kerajaan pusat sepertimana yang Mahathir kata dalam Utusan 13-Ogos-1999 yang sebelum ini, tidakkah ini juga bermakna Kelantan mundur dibawah penguasaan kerajaan pusat?

Kenapa projek saluran paip gas Trans Thai-Malaysia yang bernilai RM3 Billion dari lapangan luar pantai Songkhla (di selatan Thai) ke Bukit Kayu Hitam, melibatkan jarak 350 kilometer (sila refer Utusan 25-Apr-2001 & BH 11-Sep-2001). Kawasan projek itu terletak 150 kilometer (km) dari Kota Bharu,Kelantan dan 180 km dari Pattani.

Lokasi asal projek itu ternyata lebih hampir dengan Kota Bharu (150km vs 350km)berbanding dengan Bukit Kayu Hitam.

Kenapa kerajaan pusat sanggup menanggung kos yang lebih tinggi (oleh kerana jarak paip gas yang lebih jauh & juga kos pembelian tanah lebih banyak), sedangkan lebih ekonomikal sekiranya projek tersebut berakhir di Kota Bharu dan juga membuka peluang pekerjaan di Kelantan?

Tidakkah ini bukti bahawa kerajaan BN sengaja tidak mahu mengadakan pembangunan di Kelantan sedangkan???

MENGGANTUNG BEBERAPA PERATURAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI KEMPEN PILIHANRAYA

Dalam Utusan 2-Jul-2001, petikan ucapan Mahathir:

"Perdana Menteri berkata, dalam masa yang sama parti itu mendakwa kerajaan adalah kafir dan sekular kerana tidak melaksanakan hukum tersebut. Katanya, kerajaan akan melaksanakan hukum Islam setakat yang termampu dengan mengambil kira 40 peratus rakyat bukan Islam di negara ini."

KOMEN:

Tidakkah ini membuktikan Mahathir menggantungkan peraturan al-Qur'an demi kepentingan 40 peratus orang kafir???

MEMPERMAIN-MAINKAN AL-QURAN, HADITH DAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADINYA.

Sudah banyak dibuktikan kenyataan Mahathir yang mempermainkan Al-Qur'an, Hadis dan agama Islam dengan salah satu contoh:

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

MELANTIK ORIENTALIS-ORIENTALIS TIMUR SEPERTI DATO' HASSAN DAN SHAHNON AHMAD SEBAGAI ULAMA SEDANGKAN MEREKA TERANG-TERANGAN MEMPERMAIN-MAINKAN AGAMA ISLAM

Sedutan ucapan Mahathir sempena perasmian persidangan "Islam dan Perindustrian" di Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur 21 Januari 1993:

"Akhirnya, pegawai-pegawai tentera Turki begitu kecewa dengan sikap tokoh-tokoh agama sehingga mereka mengasingkan agama daripada pemerintahan. Dengan itu, terbentuklah pemerintahan yang dikatakan `secular'. Tetapi sebelum mereka dikecam, mereka perlu ingat bahawa pada masa itu, Kerajaan Sultan Turki begitu lemah sehingga kuasa-kuasa Barat telah merancang untuk membahagi-bahagikan Turki di kalangan mereka. Hanya tindakan dan keberanian "YOUNG TURK" ini sahajalah yang berjaya MENYELAMATKAN TURKI. Dengan itu, Turki termasuk wilayahnya di benua Eropah terselamat sebagai NEGARA ISLAM."

KOMEN:

Sejarah telah membuktikan bahawa "YOUNG TURK" inilah yang telah berjaya menghancurkan empayar khalifah Islam yang terakhir. Walaupun "YOUNG TURK" ini adalah penyumbang kepada pembangunan industri dan pendidikan, tetapi mereka juga adalah penyumbang kepada kehancuran sistem Islam, kebangkitan sistem sekular dalam sistem perundangan.

Antara anggota yang bergiat aktif didalam pergerakan "YOUNG TURK" ini ialah masyarakat Donme iaitu sekumpulan masyarakat klas professional berbangs Yahudi.

Tidakkah terbukti di sini Mahathir yang menyokong tindakan "YOUNG TURK" menghancurkan empayar khalifah Islam dan kebangkitan Islam sekular adalah berfahaman OREINTALIS?

karkunku@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com