Oleh Awang Lepuk
- cetak - sebar secara ADIL - PAS kepada semua -
1. UMNO telah mengakibatkan orang Melayu kehilangan kuasa
politik mereka secara beransur-ansur. Di dalam pilihanraya umum 1995,
UMNO telah menyerahkan 19 kawasan Parlimen dan 35 kawasan Dewan
Undangan Negeri yang majoriti pengundinya adalah Melayu kepada calon
bukan Melayu untuk ditandingi. Tetapi di dalam kempen untuk memancing
undi orang Melayu, UMNO telah menipu dengan mengatakan kemenangan
parti alternatif di dalam pilihanraya akan mengakibatkan orang Melayu
kehilangan kuasa. Sebenarnya UMNO lah yang menghilangkan kuasa
politik orang Melayu
2. Kerajaan UMNO telah mengakibatkan Malaysia digolongkan
sebagai negara zalim dan ganas seperti negara Israel apabila masih
lagi mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di dalam undang-
undang negara. Pengekalan Akta ISA hanyalah bertujuan untuk dijadikan
senjata oleh UMNO untuk menahan ahli-ahli politik yang boleh
mengancam kedudukan dan kuasa mereka sahaja.
3. Melalui projek penswastaan, kerajaan UMNO telah
mengakibatkan rakyat Malaysia terus ditindas dan dianiayai walaupun
telah merdeka selama 42 tahun. Jika sebelum merdeka, rakyat Malaysia
ditindas oleh penjajah Inggeris dan Jepun, tetapi kini rakyat
Malaysia ditindas pula oleh syarikat-syarikat swasta yang hanya
mementingkan keuntungan yang berganda tanpa menghiraukan
tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat. Syarikat-syarikat
swasta yang menindas rakyat Malaysia ini pula dimiliki oleh kroni Dr
Mahathir, UMNO dan Barisan Nasional.
4. Akibat daripada projek penswastaan yang tidak
bertanggungjawab, rakyat Malaysia terpaksa membayar RM 28.54 juta
sebulan kerana menggunakan 9 lebuhraya utama di negara ini.
5. Untuk membolehkan kroni UMNO dan BN kaya raya, Lebuhraya
Damansara - Puchong telah dibina. Akibatnya, 20 keluarga orang asli
di Bukit Lanjan telah kehilangan rumah, tanaman dan kolam ikan
mereka. Orang asli yang dizalimi tersebut hanya diberi pampasan di
bawah RM 100,000. Malangnya, Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat, Datin Paduka Zaleha Ismail yang sepatutnya membela nasib
orang asli tersebut telah membuat fitnah dan pembohongan apabila
mengatakan orang asli tersebut mendapat pampasan RM 400,000 setiap
seorang.
6. Hanya untuk mendapat pujian, "Malaysia penganjur sukan yang
terbaik", kerajaan UMNO telah membazir wang rakyat sebanyak RM 9 juta
melalui pembinaan replika keris di pintu masuk perkampungan Sukan
Komanwel di Bukit Jalil.
7. Apabila harga kelapa meningkat ke RM 2.30 sebiji, Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Seri Megat
Junit hanya mampu menyuruh rakyat Malaysia memboikot peniaga kelapa
sahaja. Menteri berkenaan dengan jelas tidak menjalankan amanah,
tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Isu yang kecil pun
tidak mampu diselesaikan oleh menteri UMNO.
8. Kerajaan UMNO sering mengatakan bahawa mereka
memperjuangkan Islam dan membela martabat kaum wanita. Malangnya,
menurut hasil kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa,
didapati terdapat 142,000 orang pelacur di negara kita. Adakah ini
yang dikatakan negara Islam ?. Di manakah maruah kaum wanita ?.
Apakah yang dilakukan oleh kerajaan UMNO yang memerintah negara kita
semenjak merdeka lagi ?.
9. Untuk mengkayakan kroni UMNO dan BN, sebanyak 38 hektar
Tanah Simpanan Melayu akan hilang kerana pembinaan Lebuhraya Pencala
Link di Kuala Lumpur. Adakah UMNO membela nasib orang Melayu, ataupun
hanya menggadaikan hak dan maruah orang Melayu kerana wang ?.
10. Ketika Hari Raya hampir menjelang tiba pada bulan Januari
1999, seramai 50 keluarga di Kampung Seri Murni Ampang Campuran,
Selangor telah kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka
dirobohkan oleh pemaju. Tindakan pemaju ini dibantu oleh pihak polis
dan samseng upahan mereka. Sebelum perobohan dilakukan, pemaju telah
menghantar 40 samseng untuk menakut-nakutkan penduduk. Pada masa yang
sama juga, pembinaan mahligai Dr Mahathir bernilai RM 200,000,000
sedang rancak dibina. Inilah sikap UMNO dan BN. Bukan sahaja menindas
rakyat yang memang tertindas. Malahan juga mengkayakan diri mereka
yang memang telah cukup kaya.
11. Pada 30 Ogos 1994, seorang gadis bawah umur yang berusia 15
tahun telah dikenakan "Tahanan Perlindungan" setelah dia dirogol
dengan kejam oleh Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.
Inilah sikap UMNO dan Dr Mahathir. Rakyat yang dirogol dan dizalimi
dimasukkan ke dalam tahanan, manakala perogol dan penjenayah kejam,
Rahim Thamby Chik dibiarkan bebas dan berleluasa hanya kerana dia
pemimpin dan ahli UMNO.
12. Pada 28 April 1997, ahli politik, Lim Guan Eng telah
dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 15,000 semata-mata kerana
membela gadis bawah umur yang telah dirogol oleh Ketua Menteri
Melaka, Rahim Thamby Chik.
13. Pada 1 April 1998, mahkamah UMNO dan BN telah bertindak
kejam dan zalim apabila menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun terhadap
Lim Guan Eng yang bersusah payah membela gadis bawah umur yang
dirogol oleh pemimpin UMNO, Rahim Thamby Chik. Beginilah sikap zalim
dan ganas kerajaan UMNO. Perogol dan penjenayah kejam dibiarkan
bebas, tetapi gadis yang dirogol serta orang yang membelanya
dimasukkan ke dalam tahanan. Inilah sikap UMNO yang mengatakan mereka
parti yang membela rakyat.
14. Umat Islam di Malaysia terpaksa bergolok bergadai untuk
membuat simpanan di Tabung Haji. Tetapi Dr Mahathir dengan sikap yang
tidak amanah dan tidak bertanggungjawab telah menggunakan wang rakyat
di dalam Tabung Haji sebanyak RM 250,000,000 untuk menyelamatkan
syarikat kroninya, DRB HICOM daripada terus kerugian. Sikap Dr
Mahathir sungguh memalukan. Wang rakyat dirampas untuk menolong
segelintir kroninya yang sedang kerugian. Sikap yang sebegini sama
seperti sikap lanun di zaman dahulu kala.
15. Kerana mengamalkan sikap kronisme dan nepotisme, ipar Dr
Mahathir, Datuk Ahmad Razali Bin Mohd Ali telah dilantik menjadi
Pengerusi Tabung Haji. Tidak hairanlah mengapa Tabung Haji begitu
bersungguh-sungguh memenuhi kehendak Dr Mahathir untuk merampas wang
rakyat di dalam Tabung Haji untuk membantu syarikat kroninya yang
sedang kerugian.
16. Untuk menjadikan kroni Dr Mahathir dan UMNO terus kaya
raya, konglomerat Renong Group telah diberi keuntungan secara percuma
apabila dianugerahkan tanah seluas 27,000 ekar di Gelang Patah,
Johor. Tanah itu dibeli oleh Renong dengan nilai RM 1 sekaki persegi
sahaja. Pemberian ini adalah sebagai subsidi projek "Second Link"
yang diusahakan oleh Renong. Apabila projek "Second Link" tersebut
selesai dan diambil alih oleh kerajaan UMNO melalui Kementerian
Kewangan, tanah seluas 27,000 ekar tersebut dijual semula kepada
kerajaan UMNO dengan nilai RM 10 sekaki persegi. Ternyata terdapat
unsur rasuah dan pecah amanah di dalam projek "Second Link" ini.
17. Pada tahun 1984 / 85, Bank Bumiputera Malaysia Berhad
(BBMB) telah mengalami kerugian kerana skandal BMF di Hong Kong. Wang
Petronas telah digunakan untuk menyuntik sebanyak RM 4,000,000,000 ke
dalam BBMB. Seorang rakyat Malaysia pula, Jalil Ibrahim telah mati
dibunuh semasa berada di Hong Kong untuk menyiasat skandal tersebut.
Sehingga sekarang, kes kematian Jalil Ibrahim masih lagi tidak dapat
diselesaikan. Begitu juga dengan kes skandal BMF tersebut. Inilah
kegagalan kerajaan UMNO yang memalukan terhadap kaum Bumiputera. Dosa
UMNO terhadap orang Melayu dan Bumiputera ini terlalu besar untuk
dimaafkan.
18. Menurut laporan akhbar Sin Chew Jit Poh (18 Jan. 1999),
dijangka terdapat 78 buah TOL di 20 Lebuhraya utama di Kuala Lumpur
pada tahun 2,000. Pembinaan lebuihraya TOL ini hanyalah semata-mata
untuk mengkayakan kroni UMNO dan BN sahaja. Kebajikan rakyat terus
dizalimi dan dilupakan.®