UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Bang... nak mam...!!!

Assalamualaikum, Salam sejahtera,

Sebelum apa-apa hal saudara-saudara tafsir sendiri tajuk tersebut jika tafsiran itu berbunyi kasar maka kasarlah maksudnya. Ketika dulu pernah Awedonde membuat ulasan pasal internet ini terutama pasal laman-laman "FITNAH" ini.

Apa yang Awedonde cukup menyirat adalah satu kaum Amno.com sedikit biol kerana marah mempercayai berita-berita dari internet.Ok Awedonde bersetuju sikit.Tetapi semenjak kebelakangan ini banyak kebenaran kerana penulis di laman bukan lulus tingkat lima sahaja bahkan pas habis darjah pun ada(pHD).Yang menjadi kemarahan Awedonde kerana beliau bukanlah hebat sangat cuma boleh speaking sebiji dua pandai bodek(Amno.com biasalah)di angkat menjadi supervisor.Kerja haram tak tahu itu komputer tahu plus and enter sahaja.Anak Awedonde bercakap pun tak jelas tetapi setakat nak buka komputer nak pasang cd dan shutdown sekali tunjuk udah reti.

Berbalik pada berita-berita dari internet pada 17hb Feb penulis yang tidak asing lagi UMMU NATASYA menulis pasal kenaikan harga sewa telefon dan kenaikan rate panggilan.Awedonde kebingungan ribut tiada taufan jauh sekali cuma trak polis kg.BOK terbakar tiba-tiba naik lagi kadar sewaannya. Cuma penyokong Amno.com Terengganu dan Kelantan bangang tidak mengikuti berita semasa yang tahu orang kampung berperang dengan polis di Memali itu sahaja mereka tahu!

Jadi disini, pada ahli-ahli Amno.com Awedonde syorkan belajarlah komputer dan internet.Sekarang kemudahan banyak untuk mendapatkan komputer "ODASAJA" w/pun tidak sesenang menyebutnya.Bagi kaki "cai" pun melalui internet lagi cepat dari membelek suratkhabar sehingga lunyai.Sekian,Awedonde tidak menggalakkan cuma memaklumkan.

Awedonde






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com