UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Hujah dangkal

Assalamualaikum,

Salam sejahtera dan Selamat Berhariraya Korban,tidak lupa tingkatkan lagi pergorbanan kita di dalam perjuangan yang belum selesai. Apa yang Awedonde merasa cukup terkilan dengan khutbah pada hari ini sebentar tadi,yang mana disampaikan oleh tuan khatib di masjid Saidina Othman BTR Kuala Lumpur menghuraikan tentang gejala tidak sihat dikalangan umat Islam terutama peringkat anak-anak muda.

Contohnya bersedudukan,mengambil dadah dan bla bla termasuk demotrasi jalanan katanya! Ini akan melemahkan umat Islam dan menghuruharakan negara katanya! Jika mengambil dadah memanglah mengugat negara tetapi jika berdemo apa kena mengena dengan negara? Itu hak rakyat demokrasi tuan khatib oii! Sebelum membaca teks khutbah editlah terlebih dahulu jangan duk belasah ikut mulut sahaja.

Selepas beliau menyentuh pasal kemajuan negara ICT. Tetapi dalam bidang IT setengah pihak telah salah gunakan kemudahan yang telah dibuat oleh kerajaan termasuk laman ini agaknya kerana katanya laman sebegini menghasut rakyat menentang kerajaan.Menghasut rakyat atau mendedahkan rahsia pemimpin AMNO? Ini Awedonde nak bertanya?Tuan khatib, Awedonde tidak berilmu tinggi tetapi masih terang mata ini,jika mata mantan TPM boleh lebam apa ceritanya.Mana hak rakyat terbanyak termasuk Awedonde.Sudah buta perut para jemaah mendengar isi khutbah pada hari Jumaat ini?Tidak mungkin semuanya terlelap!Dilain hari tolong edit terlebih dahulu sebelum menyampaikan khutbah tersebut kerana Masjid Saidina Othman terletak di Kuala Lumpur bukan di Johor mau pun Melaka,Seremban kerana di sana semua Amno totok!

Sekian, fikirlah bersama wahai para penjuang yang belum selesai.

Awedonde(matahati masih terang)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com