Beberapa hari yang lepas , saya ada membuat andaian
yang mungkin ada usaha-usaha kearah pengharaman PAS
akan dilalukan didalam masa terdekat ini. Selepas
membaca berita yang mengatakan penyokong PAS menyerang
trak polis dengan batu, kayu dan cuka getah (asid),
media massa lagi hebat menyerang PAS dan pendokong
reformasi dan makin hebat menggambarkan yang penyokong
dan pemimpin parti pembangkang seperti Nik Aziz adalah
ganas-ganas belaka. Dengan adanya propaganda seperti
ini, jika berlaku pengharaman terhadap PAS, orang
ramai
yang terdedah dengan dakyah BN ini akan berkata
tindakat tersebut adalah wajar kerana parti pas adalah
parti ganas dan mempunyai hubungan dengan pengganas
dan akan tiada simpati rakyat yang bukan ahli terhadap
PAS.
Setiap hari selama 3 hari berturut-turut, berita
serangan trak polis dan PAS ganas telah memenuhi
akhbar dan berita TV (15 minit pertam diperuntukan
untuk isu ini). Kenapa tindakan yang sama juga tidak
dikenakan semasa pilihanraya Indera Kayangan bulan
lepas. Saya mendengar khabar, 4 orang yang ditahan
memukul saudara Johari telah dilepaskan dengan arahan
Abdullah Badawi (ada juga berita yang mengatakan
mereka sedang berada di penjara Alor Setar sekarang
ini). Mengapa kes tersebut terus tenggelam..? kenapa
mereka yang menahan bas pengundi hantu (tanpa
mmerosakkan apa-apa atau mencederakan sesiapa)
dikenakan pertuduhan di mahkamah...? kenapa tidak
mendakwa penyokong BN yang mengganas di Kangar...?
Pemimpin BA perlu menekan kerajaan agar mereka yang
ditangkap di Kangar dikenakan tindakan. Jika tiada
tindakan.. mulakan usaha memberi penerangan kepada
rakyat. Untuk memberi penerangan kepada rakyat, tidak
perlu untuk mengadakan ceramah yang besar. Boleh
diadakan ceramah kecil-kecilan oleh pemimpin BA
diperingkat akar umbi, tetapi dengan syarat mereka
perlu di updatekan selalu akan perkembangan semasa dan
diberi latihan yang mencukupi sebagai persediaan
mereka menjadi pemimpin yang lebih berwibawa serta
penghubung antara rakyat di akar umbi dan pemimpin
tertinggi parti BA. Dengan cara senyap ini, parti BA
dapat mendekatkan diri dengan rakyat secara lebih
berkesan.
Saya merasakan isu serangan trak polis itu sengaja
diadakan supaya isu keganasan BN semasa pilihanraya
Indera Kayangan tenggelam disamping usaha untuk
menghalalkan akan pengharaman PAS. selain dari itu,
usaha ini juga sebagai persiapan BN untuk
mengistiharkan pilihanraya umum... mungkin dalam masa
1 tahun dari sekarang. Ditambah pula dengan ulasan
samseng kampung Shahidan Kasim mencadangkan agar PAS
diharamkan seperti mana pengharaman PKM.
Oleh itu saya menyeru agar pemimpin dan penyokong BA
terutamanya PAS agar berhati-hati supaya tidak
termasuk didalam perangkap ini dan agar tidak
berlakunya pengharaman dan seterusnya mengagalkan
perancangan BN tersebut. Selain dari itu parti-parti
BA perlu mempersiapkan perancangan dan usaha untuk
menghadapi pilihanraya umum nanti melalui berbagai
cara untuk mendekati mereka-mereka yang diatas pagar
serta ahli parti BN sendiri disamping menangkis serta
menyerang BN dengan pelbagai isu dan fakta-fakta tanpa
terlalu mengharapkan ceramah umum sahaja. Kempen
terhadap mereka diatas pagar dan ahli parti BN
hendaklah kearah membuat mereka berfikir secara
rasional akan isu-isu semasa serta lebih kepada..
persoalan "mengapa perlu saya mengundi BN?" dan
berikan sebab-sebab mereka tidak perlu mengundi BN
menerusi fakta-fakta akan penyelewengan dan kezaliman
pemimpin-pemimpin BN.