UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mahathir - Abyss

Dr Mahathir Mohamad sekali lagi gagal menyembunyikan perasaan kebencian nya terhadap intitusi ulamak apabila kita sendiri rakyat Malaysia perhatikan dalam isi ucapan beliau sempena menyambut kedatangan tahun baru 2002 baru-baru ini.

Seperti kebiasan, ulamak yang berperanan dalam politik menjadi sasaran utamanya. Bagi pengerusi Umno/BN itu, ‘ulamak sebenar’ kononnya adalah agamawan yang langsung tidak mengambil tahu akan tentang pola politik semasa kerana politik adalah bidang yang harus dijuruskan secara total kepada golongan bukan ulamak.

Baginya lagi, peranan hanyalah untuk menasihati khariah atau jemaah di masjid, surau mahu pun di bilik-bilik kuliah. Penyertaan ulamak di dalam politik di lihat akan me ruwetkan lagi suasana polarisai politi tempatan kerana ulamak akan lebih cenderung melihat isu-isu keagamaan dari sudut politik kepartian.

Apa yang lebih mendukacitakan dengan secara terang-terangan beliau menggangap ulamak adalah golongan yang gila kuasa dan sanggup memperbodohkan orang Islam yang lain kerana ingin terus berkuasa di dalam politik Malaysia.

Penghinaan dan kebencian extreme Presiden Umno terhadap ulamak memang dijangkakan kerana Umno yang menunjangi politik Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan menghadapi saingan yang amat sengit terutama sekali dari penjuru parti Pas yang ditunjangi oleh ulamak-ulamak yang berwibawa.

Bagaimanapun kebencian yang extreme terhadap sesuatu golongan tidak wajar meletakkan beliau ke situasi melewati kewarasan minda apatah lagi dalam teks ucapan beliau yang di frekuensi kan ke seluruh negara.

Meletakkan faktor kemunduran orang melayu ke bahu ulamak dan menuduh mereka (ulamak) menjadi pengkhianat kerana mempergunakan pengetahuan agama untuk memperbodohkan orang Melayu adalah sesuatu tuduhan yang berat dan langsung tidak bertanggungjawab. Jika ulamak yang berpolitik di anggap sebagai pengkhianat bangsa, mengapakah Umno selama ini beruasaha untuk menarik sokongan ulamak dan menubuhkan panel pemikir yang di anggotai oleh ulamak-ulamak pro-Umno?

Dr. Mahathir sendiri mempunyai penasihat agama lulusan daripada Universiti Al-Azhar Mesir – institusi yang berperanan mengeluarkan puluhan ribu lulusan agama yang sebahagiannya layak digelar ulamak?

Presiden Umno itu perlu berani menilai sendiri sebelum menyalahkan orang lain apatah lagi menghina para ulamak yang di iktiraf Islam sebagai pewaris tugas para Nabi. Umno telah bearad di tampuk kekuasaan negara selama 45 tahun. Dalam tempuh empat dekad, Umnomempunyai cukup masa dan ruang untuk memajukan negara. Malah dalam tepuh itu juga Pas bukanlah kuasa yang signifikan yang mampu menggugat kuasa BN/Umno terutamanya di peringkat Persekutuan.

Jika melayu dianggap mundur walaupun setelah hampir setengah abad negara mencapai kemerdekaan, pihak yang patut dipertanggungjawabkan adalah Umno yang menunjangi Perikatan dahulunya dan BN sekarang. Kelemahan dasar penyelewengan, rasuah, amalan nepotisme adalah kudis sebenar penyakit yang melanda orang Melayu sekarang ini.

Contoh yang paling ketara adalah negeri kelahiran penulis, Terengganu. Walaupun di anugerahkan kekayaan sumber petroleum, Terengganu masih mejadi negeri kedua termiskin selepas Kelantan! Apa yang lebih mendukacitakan, setelah Terengganu jatuh ketangan Pas/BA, wang royalty yang sepatutnya diuruskan kerajaan negeri yang dipilih rakyat, di rembat dan diserahkan penguasa-penguasa Umno negeri!

Ini lah contoh kecil penkhianatan Umno terhadap orang Melayu yang perlu di insafi oleh DR Mahathir khususnya disaat-saat akhir pemerintahannya. Menyalahkan ulamak kerana kegagalan Umno mengangkat martabat bangsa bukanlah langkah yang bijak. Ia umpama menutup bangkai gajah dengan nyiru. Baunya tetap akan tersebar dan di hidu oleh generasi kini!

Abyss






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com