UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




RINGKASAN BERITA PEMUDA - Rabu 6 Februari 2002

************************************************************
E-mail ini dihantar oleh Sekretariat Pemuda keADILan Pusat
Untuk maklumat dan berita lanjut, sila lawat Laman Pemuda di
http://pemuda-keadilan.org
************************************************************

1) Pemuda keADILan lancar Kempen Sokongan Anugerah Keamanan Nobel

KUALA Lumpur: Pergerakan Pemuda keADILan semalam melancarkan Kempen Sokongan Anugerah Keamanan Nobel buat Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang bertujuan mengumpulkan sokongan moral rakyat Malaysia atas pencalonan itu.

Baru-baru ini, sebuah agensi berita asing melaporkan pencalonan Dato' Seri Anwar untuk memenangi anugerah berprestij bagi tahun ini. Beliau adalah rakyat Malaysia yang pertama menerima pencalonan bagi Anugerah Nobel.

Pencalonan beliau itu dilaporkan berkaitan dengan usaha beliau mempelopori masyarakat madani (civil society) di Malaysia dan menongkah kekuasaan berbentuk 'authoritarian' Perdana Menteri.

Mengulas kempen yang dilancarkan di laman web Pergerakan Pemuda itu, webmaster Pemuda Saudara Syed Ezry berharap jumlah sokongan yang diterima bakal menjadi petanda bahawa rakyat tidak pernah melupakan peristiwa Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau lagi, kempen itu juga diharapkan dapat memberi wadah kepada rakyat Malaysia untuk turut sama menerima penghargaan, kerana pencalonan Dato' Seri Anwar itu sebenarnya penghormatan dunia kepada perjuangan rakyat Malaysia selama ini.

Butir-butir lanjut mengenai kempen itu boleh didapati di laman Pemuda keADILan di alamat http://pemuda-keadilan.org

Saudara Syed Ezry menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira usia dan tempat menyatakan sokongan moral dengan menandatangi buku sokongan maya yang disediakan di laman itu.

Sokongan tersebut akan dibukukan dan dipersembahkan kepada Raja Norway, kata beliau lagi.

2) DSAI tidak punya kuasa untuk arah seleweng siasatan

KUALA Lumpur: Peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim semalam berhujah kepada Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pihak polis menutup penyiasatan mengenai fitnah salahlaku seks terhadapnya.

Raja Aziz Addruse, ketua peguambela Dato' Seri Anwar, menunjukkan kembali rekod bahawa bekas Ketua Jabatan Cawangan Khas Polis (SB), Datuk Mohamad Said Awang mengaku bahawa beliau hanya menerima arahan dari Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri.

Ketua Polis Negara pada masa itu ialah Tan Sri Rahim Noor, yang didapati bersalah membelasah Dato' Seri Anwar ketika mata beliau ditutup dan tangan bergari. Menteri Dalam Negeri pada masa itu tidak lain dari Perdana Menteri sendiri.

Oleh yang demikian, tegas Raja Aziz lagi, Dato' Seri Anwar tidak boleh dibuktikan menyalahgunakan kedudukan beliau untuk menutup siasatan fitnah seks oleh Umi Hafilda dan Azizan.

Raja Aziz turut memberitahu mahkamah bahawa Timbalan Ketua Jabatan Cawangan Khas, Amir Junus mengelak daripada menjawab apabila ditanya sama ada DSAI pernah mengarahkan beliau menutup siasatan.

"Bukti kedua-dua mereka ini tidak boleh diterimapakai," hujah beliau.

"Bukti yang dikemukakan oleh Mohamad Said dan Amir adalah titik permulaan kes pendakwaraya. Segala hujah kami akan menguji bukti yang mereka bentangkan di mahkamah," jelas Raja Aziz lagi.

Ketika waktu rehat, Dato' Seri Anwar yang menderita tulang belakang yang retak kerana dipukul bekas Ketua Polis negara, sempat berbual-bual dengan pemimpin pembangkang dan ahli keluarga yang hadir.

Mahkamah turut dipenuhi dengan diplomat asing.

Perbicaraan bersambung pagi ini.

3) Anwar didakwa di bawah undang-undang yang dimansuhkan

KUALA Lumpur: Ketua peguam Dato' Seri Anwar menegaskan semalam bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim didakwa dan dihukum di bawah undang-undang yang sudah lupus, kerana ia dimansuhkan ketika perbicaraan berlangsung.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan hujah pihak pembela dalam rayuan kes rasuah Dato' Seri Anwar di Mahkamah Persekutuan. Perbicaraan yang bermula pada hari Isnin akan berlangsung sehingga hari Khamis ini.

Menurut Raja Aziz Addruse, seorang peguam veteran negara, Dato' Seri Anwar didakwa di bawah Undang-Undang Darurat Ordinan 22 (1970).

Walau bagaimanapun hujah beliau, Parlimen sudahpun membatalkan undang-undang itu bermula dari tarikh 8 Januari 1998, iaitu sebelum Dato' Seri Anwar didakwa lagi.

Ketika perbicaraan berlangsung dalam tahun 1998, keputusan Parlimen hanya menunggu pengesahan Dewan Negara. Memandangkan Dewan Rakyat adalah Dewan tertinggi negara, maka walaupun Dewan Negara masih belum mendebatkan keputusan Dewan Rakyat itu, undang-undang itu sebenarnya sudah lupus.

Dari sudut undang-undang jelas beliau lagi, Dato' Seri Anwar tidak boleh didakwa di bawah Ordinan itu - maka hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau adalah tidak sah.

4) Ceramah dan sembahyang hajat untuk DSAI dan PASTI

KUALA Lumpur: Barisan Alternatif akan menganjurkan satu ceramah perdana dan majlis sembahyang hajat memohon keselamatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan PASTI.

Dato' Seri Anwar dilaporkan berada dalam keadaan yang semakin teruk. Beliau terpaksa menelan ubat penahan sakit dengan jumlah yang banyak untuk hadir ke mahkamah bagi mendengar kes rayuan beliau sehingga hari Khamis ini.

PASTI (Pusat Asuhan Tadika Islam) kelolaan PAS di seluruh negara pula kini diancam untuk ditutup oleh kerajaan Barisan Nasional, yang merasa semakin tertekan akibat peralihan sokongan rakyat.

Ceramah perdana itu akan diadakan pada hari Khamis ini bermula jam 9 malam di Markaz Tarbiyaah PAS Pusat, Taman Melewar.

Penceramah yang akan hadir adalah YB Saudara Azmin Ali, Y.Bhg. Dr. Hatta Ramli dan Y.Bhg. Ustaz Salehhuddin Nasir.

**********************************************************************
Untuk menerima maklumat lanjut dan berita mengenai Pemuda
keADILan, sila lawat laman Pemuda di
http://pemuda-keadilan.org
atau hantarkan e-mail kepada webmaster@pemuda-keadilan.org
***********************************************************************






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com