UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Amaran Bush tiga negara jadi sasaran

WASHINGTON 30 Jan. - Presiden George W. Bush menuduh Iran, Iraq dan Korea Utara menjadi `paksi kejahatan' sambil memberi amaran kepada ketiga-tiga negara itu bahawa mereka mungkin dijadikan sasaran kempen antikeganasan Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi.

Dalam ucapan dasar pertama pentadbiran beliau pada sidang kedua-dua dewan Kongres malam tadi, Bush memberi amaran kepada ketiga-tiga negara yang didakwa oleh Washington sebagai penaja keganasan itu bahawa AS bersedia untuk bertindak ke atas mereka, secara bersendirian jika perlu, sekiranya mereka mengancam rakyat sendiri, jiran mereka atau negara lain.

Selain itu kata Bush, AS sanggup menanggung perbelanjaan besar bagi membiayai kempen ketenteraan ke atas ketiga-tiga negara.

Beliau memberi alasan bahawa jika AS tidak berbuat apa-apa bagi menghadapi ancaman daripada ketiga-tiga negara, padahnya nanti amatlah buruk.

``Negara seperti mereka serta pengganas yang menjadi sekutu mereka merupakan paksi kejahatan yang mengancam keamanan dunia,'' dakwa Bush dalam ucapan yang dipercayai membayangkan bahawa kempen antikeganasan AS akan diperluaskan ke luar Afghanistan.

``Dengan cuba mendapatkan senjata pemusnahan besar-besaran, rejim tersebut menimbulkan bahaya yang semakin besar,'' katanya.

``Mereka mungkin menyalurkan senjata berkenaan kepada pengganas untuk membolehkan mereka melancarkan serangan.''

Bush menuduh Korea Utara membina peluru berpandu dan senjata pemusnahan besar-besaran `sambil membiarkan rakyatnya kebuluran.'

``Iran secara agresif membina program senjata tersebut dan menaja keganasan di luar negara sementara sebilangan kecil pemimpin yang tidak dipilih menyekat kebebasan rakyat Iran,'' tuduh Bush dalam kenyataan dipercayai merujuk kepada dakwaan bahawa Iran terbabit menyeludupkan senjata kepada pihak berkuasa Palestin.

Bagaimanapun Bush melemparkan kenyataan paling keras kepada Iraq yang disebut-sebut sebagai sasaran baru kempen antikeganasan AS.

``Iraq terus memperlihatkan pemusuhannya terhadap AS dan menyokong keganasan,'' katanya.

``Rejim Iraq merancang untuk membina senjata antraks, gas saraf dan nuklear sejak 10 tahun lalu,'' kata Bush sambil menuntut Presiden Iraq, Saddam Hussein membenarkan pemeriksa senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kembali ke negara itu.

``Ini rejim yang telah pun menggunakan gas beracun untuk membunuh beribu-ribu rakyatnya sendiri,'' kata Bush.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus bentuk tindakan yang mungkin diambil oleh AS ke atas ketiga-tiga negara. - AFP






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com