UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Majlis Fatwa sering salahkan pembangkang

KOTA BHARU, 31 Jan - Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak akan berganjak mengenai keputusannya untuk mengaitkan balasan syurga kepada orang ramai kerana ia sebahagian tuntutan Islam.

Sebaliknya, beliau mempertikaikan ketelusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dilihat berlaku tidak adil terhadap pembangkang, yang meminta perbuatan mengaitkan syurga kepada orang ramai perlu dihentikan.

"Majlis Fatwa hendaklah telus dalam menjalankan tugasnya dan bukannya hanya mencari kesalahan sebuah parti yang memperjuangkan Islam sehingga menggunakan kewibawaan majlis itu sendiri," katanya sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Ismail Ibrahim, selepas mesyuarat Exco, 30 Januari.

Menurutnya, tugas Majlis Fatwa hanyalah mengeluarkan fatwa dan bukannya menyekat badan-badan tertentu. Beliau berkata, Majlis Fatwa hendaklah mengeluarkan arahan yang sama terhadap media masa kerajaan khususnya RTM yang sering memfitnah pemimpin PAS kononnya ala taliban, bersikap ganas dan menyekat kebebasan wanita.

"Jadi bila kami sahaja disekat, sedangkan RTM dibiar bertindak ganas dan tidak disekat, ini tidak adil. Majlis Fatwa hendaklah berlaku adil dan telus dalam melaksanakan tanggungjawabnya. "Saya tak boleh terima saluran tv macam ni," ujarnya.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tugas Majlis Fatwa adalah memberi fatwa dan bukannya mengarahkan pihak-pihak tertentu menghentikan kenyataan yang jelas lebih berpandu pada nas dan hujah yang kukuh.

Beliau turut mengulangi tuduhan yang pernah dikenakan terhadap Menteri Besar Terengganu, Dato'Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sebelum ini kononnya beliau adalah pemecah-belah masyarakat.

"Tetapi bila Timbalan Presiden PAS minta hendak bermuzakarah, habis semua orang senyap, jadi saya nampak benda ni tak betul bagi pihak sebelah sana.. sejak awal lagi," ujarnya.

Menyentuh langkah PAS mengharuskan wanita bertanding dalam pilihan raya, beliau berkata, pihak lawan begitu gusar dengan keputusan yang tidak diduga mereka.

Jelasnya, kritikan hebat yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka di Kuala Lumpur sebenarnya menggambarkan ketakutan mereka terhadap keputusan ini.

Beliau juga berkata, syarat yang dikenakan seperti minta izin suami, di samping ada teman bersama adalah ajaran Islam sendiri yang sentiasa menjaga kehormatan wanita.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com