UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




OPERASI BEBASKAN 7 TAHANAN BERJAYA TEBING BARAT

Oleh Ibnu Isma

Tujuh orang rakyat Palestin yang ditahan di penjara Bandar Hunain dekat sini oleh pasukan tentera Yahudi dibebaskan awal pagi tadi (Khamis) oleh pejuang-pejuang Islam yang menyerang penjara berkenaan.

Sumber-sumber menyebut bahawa pengawal penjara yang terkejut dengan kehadiran 15 pejuang bersenjata itu tidak mampu berbuat apa-apa ketika kejadian. Enam tahanan daripada kumpulan Hamas dan seorang daripada Jihad Islami berjaya dibebaskan daripada penjara yang memuatkan berpuluh-puluh tahanan politik itu.

Kejayaan ini begitu menggemparkan Israel kerana rakyat Palestin yang dinafikan hak untuk memiliki senjata berjaya melakukan satu operasi besar. Ia juga diharap akan menjadi permulaan kepada operasi-operasi berikutnya yang bakal membebaskan lebih ramai lagi tahanan.

Dalam pada itu, pasukan tentera udara Israel terus menggunakan pesawat F16 buatan Amerika untuk menyerang pos-pos keselamatan Palestin di Nablus. 11 orang yang kebanyakannya adalah anggota polis Palestin cedera dalam serangan tersebut.

Pihak Israel kini didapati melakukan operasi yang lebih umum dengan menyerang semua pihak di kalangan umat Islam Palestin tanpa mengira kumpulan Hamas, Jihad Islami ataupun pihak berkuasa Palestin yang dipimpin oleh Arafat.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com