UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mahkamah Perintah UM Bayar RM115,000 Kepada Dr Chandra Muzaffar

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini Sabtu memerintah Universiti Malaya (UM) membayar pampasan RM115,000 kepada Dr Chandra Muzaffar, yang hilang pekerjaan sebagai pensyarah di Pusat Dialog Peradaban apabila universiti itu memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak perkhidmatannya selepas ia tamat pada Februari 1999.

Hakim Datuk K.C.Vohrah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan certiorari Dr Chandra untuk satu perintah membatalkan keputusan UM untuk tidak memperbaharui kontraknya.

Vohrah juga memerintah UM membayar caruman bulanan 12 bulan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), faedah lapan peratus daripada jumlah pampasan dan kos permohonan Dr Chandra.

Dr Chandra, 54, yang berhenti sebagai pesnyarah di universiti pada 18 Feb 1999, juga memohon perintah mandamus untuk mengembalikan semula jawatannya sebagai pengarah dan profesor di pusat itu tanpa kehilangan faedah dengan kos serta lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau mendakwa UM telah melanggar undang-undang semula jadi apabila gagal memberikan peluang kepadanya membela diri sebelum menamatkan kontraknya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com