UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Isu Larangan Ceramah - Tahniah kepada MB Terengganu dan MB Kelantan

Pas tidak akan mengendahkan larangan ceramah umum kerana percaya apa yang dilakukannya itu tidak menyimpang daripada kehendak perlembagaan, demokrasi dan agama.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendirian itu sebagai mempertahankan demokrasi dan Pas tidak akan menegah mana-mana pihak dalam parti itu daripada terus berceramah.

``Kita akan menghadiri (ceramah) di mana-mana tempat yang dijemput. Sama ada ia mendapat kebenaran atau tidak, itu bukan urusan kita. Urusan kita ialah memenuhi jemputan,'' tegas Abdul Hadi yang juga Menteri Besar Terengganu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Abdul Hadi mendakwa larangan ceramah lebih bertujuan untuk memenuhi kepentingan parti UMNO yang takutkan kehilangan kuasa sedangkan negara ini sering dianggap sebuah negara yang aman.

Di Kota Bharu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan untuk tidak membenarkan ceramah umum diadakan oleh mana-mana parti politik.

``Cara yang perlu polis bertegas ialah dengan beri permit. Itu ketegasan dia kerana negeri ini negeri demokrasi,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan hari ini.

Menurut Nik Abdul Aziz, dasar kerajaan yang tidak membenarkan ceramah umum politik diadakan bererti ``menutup naluri manusia nak tahu'' dan tersasar daripada asas sebenar demokrasi.

``Kewajipan rakyat, dia nak tahu hakikat sebenar (mengenai satu-satu isu atau peristiwa) bagi membolehkan dia nak undi parti mana,'' jelasnya.

Nik Abdul Aziz berkata, dakwaan yang mengatakan ceramah politik menimbulkan huru-hara tidak timbul kerana ``huru-hara ini berpunca daripada orang tak faham (sesuatu isu).''

Jelasnya, beliau akan meneruskan ceramah termasuk di luar Kelantan jika mendapat jemputan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com