UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Utusan catat kerugian sebelum cukai RM23.61j

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan) mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM23.61 juta bagi tempoh suku keempat yang berakhir 31 Disember 2001 berbanding keuntungan sebelum cukai berjumlah RM0.48 juta suku sebelumnya.

Utusan dalam kenyataannya kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) memberitahu, kemerosotan prestasi kewangan itu berpunca daripada perolehan yang rendah, peningkatan kos kakitangan dan penghapusan kos pembangunan dan aset tidak ketara anak syarikat bernilai RM10 juta.

Kerugian sebelum cukai RM23.61 juta untuk suku keempat tahun lalu adalah pengurangan sebanyak RM30.72 juta berbanding keuntungan sebelum cukai RM7.11 juta yang dicatatnya pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Menurut kenyataan itu, secara keseluruhannya, prestasi kumpulan yang buruk berpunca akibat peningkatan harga kertas kepada AS$627.26 setan metrik (RM2,383.59 setan metrik) berbanding AS$521.24 setan metrik (RM1,980.71 setan metrik).

Selain itu, kelembapan industri pengiklanan turut menjejaskan prestasi kewangan kumpulan.

Kenyataan itu berkata, kumpulan sedang berusaha untuk meningkatkan perolehan iklan dan mengawal kos operasi.

Menurutnya, ahli lembaga pengarah optimistik bahawa kumpulan akan menghadapi prestasi kewangan yang lebih baik pada tahun depan.

............
Alhamdulillah, berjaya jugak boikot aku






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com