UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Jagailah Kebersihan Terengganu

Saya ingin memberikan sedikit muhasabah kepada pimpinan PAS Terengganu, khususnya YB di kawasan Batu Rakit dan Kemaman.

Kini saya sering berulang alik ke Terengganu. Memang terasa bangga dengan negeri yg diperintah oleh PAS ni. Tetapi saya agak terkilan melihat kebersihan yang tidak terjaga di sesetengah tempat. Contohnya persisiran pantai di Batu Rakit amat menyedihkan sekali. kerana sampah bertaburan di sana sini. Ini tempat tumpuan orang ramai dan para pelajar yang menuntut di Kustem, Maktab, Kusza dsbgnya dan rata2 mereka ini dari luar Terengganu. Jadi imej kotor kawasan setempat mungkin menjadi bualan mereka apabila mrk pulang ke negeri masing2.

Kemudian di perhentian makan sebelah Masjid Geliga pula. Saya dapati tandasnya teramat menjijikkan. Walaupun ada orang pandang kecil, tetapi ada terdengar di telinga saya yang berkata inikah amalan pemimpin PAS yang rata2 ulamak besar. Sepatutnya kebersihan ni diutamakan kerana walupun remeh tetapi ia adalah imej kepada PAS itu sendiri.

Zuridan

.......................
Komen Webmaster : Saya memang telah bercakap dengan YB Ust Saiful (Ketua DP Pas Kawasan Dungun) semasa saya memohon peruntukkan untuk WebRTV Tranung Kite, jika saya mempunyai Kamera Digital Sendiri saya akan ambil gambar mana-mana tandas awam dan masjid yang kotor dan saya akan siarkan dalam laman ini, saya beritahu kepada YB Ust saiful. Memang kita ada rasa tak puas hati perkara ini. Tapi malangnya nampak kurang usaha untuk memperbaiki. - Abu Jihad




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com