UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Indah Water satu penipuan mengikut undang-undang

Dua tiga bulan kebelakangan ini ramai yang telah menerima surat amaran terakhir (surat nerah) dari Indah Water yang menuntut bayaran perkhidmatan mereka. Rata-rata tuntutan tersebut nilainya beratus-ratus kerana tertungak beberapa tahun malah ada yang lansung tidak pernah menjelaskan pembayaran Indah water semenjak dari perkhidmatan pembersihan sisa kumbahan domestik ini diambil alih dari kerajaan.

Ini berlaku kerana ramai antara kita yang tidak tahu pun apa yang sebenarnya Indah Water lakukan sehingga tiba-tiba mereka membuat tuntutan kepada kita semua. Cuma yang diketahui Indah Water membersihkan sisa kumbahan dari setiap rumah sebelum ia di alirkan ke punca air seperti sungai. (mengikut iklan yang di media)

Bagi anda yang telah membayar, akan membayar atau tidak berniat lansung membayar beberapa perkara perlu difikirkan.

Dulu siapa yang bersih sisa kumbahan.

Sebenarnya perkhidmatan yang dibuat oleh Indah Water ini ialah perkhidmatan yang dahulunya diuruskan oleh Kerajaan Tempatan iaitu Majlis-majlis tempatan (cth. MPS). Maksudnya kita selama ini memang pun membayar perkhidmatan seumpamanya melalui pembayaran cukai pintu. Tetapi dengan tiba-tiba Indah water telah mengambil alih perkhidmatan yang selama ini diberikan oleh Majlis Kerajaan Tempatan yang kita bayar melalui cukai pintu. Andaikan sahajalah rakyat bersetuju kononnya atas alasan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan atau untuk meningkatkan kualiti alam sekitar perkhidmatan ini telah di swastakan tapi persoalannya bayaran bukan perlu dituntut kepada pemilik premis tetapi perlu dituntut kepada Majlis Kerajaan Tempatan yang mengutip cukai pintu. Kalau Majlis Kerajaan Tempatan tidak mahu telibat lansung dalam urusan pembersihan sisa kumbahan perlulah dikurangkan cukai pintu yang selama dulu termasuk caj perkhidmatan tersebut.

Pernahkah kita ditanya bersetuju atau tidak untuk perkhidmatan Indah Water

Persoalan yang kedua kita perlu membayar apa jua tuntutan bil jika kita telah bersetuju atau menurunkan tandatangan persetujuan untuk menerima apa jua perkhidmatan. Contohnya kita tidak pernah memohon untuk perkhidmatan TV kabel (seperti mega tv) tetapi sebuah syarikat tanpa kita sedar telah menghantar gelombang yang membolehkan rumah kita menonton saluran tv kabel tersebut dan kemudian menghantar bil menuntut bayaran . Adakah kita perlu membayar ?

Fikirkanlah apa perlunya kita membayar bil . Indah Water ?

Adakah jika Indah Water membawa kes tuntutan ke Mahkamah mereka boleh berjaya ?

Saranan saya fikirkanlah kumpulkan sebanyak mungkin mereka yang tidak membayar Indah Water di kawasan anda bentuk jawatankuasa ad-hoc penduduk dan buat pengaduan yang kita tak harus membayar Indah water ke pejabat persatuan pengguna terdekat.

Jika Indah Water mengambil tindakan undang-undang rujuk ke pusat khidmat guaman terdekat atau hantar e-mail kepada b_lack14@hotmail.com.

Jangan biarkan kroni kaya raya tetapi rakyat menderita.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com