UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PEMUDA UMciNO KURA-KURA DALAM PERAHU.....

Semenjak pilihanraya kecil paling ganas di Indera Kayangan satu cerita lama hidup kembali, 6 kotak rahsia.... Pada malam Barisan Nasional menamakan calon YB Azmin telah menyatakan akan membawa kotak-kotak rahsia kerajaan yang mengandungi rahsia rasuah dan salah laku pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Semenjak malam mengisytiharkan calon tersebut maka esoknya mengeleparlah Dollah Badawi dan juak-juaknya tak ubah seperti ayam baru disembelih. Dollah terus terang mengugut "jika Azmin mendedahkan rahsia yang disimpan dalam kotak rahsia maka kerajaan tak akan teragak-agak mengenakan hukuman dibawah OSA kepada Azmin" Ini agak mengkagumkan begitu pantas Dollah bertindak balas atas kenyataan Azmin sepantas beliau menafikan yang beliau memainkan peranan untuk memastikan anaknya mendapat kontrak istemewa dari Kementerian Pertahanan.

Azmin bertindak agak bijak perkiraan beliau menolak untuk menari mengikut paluan gendang hulala Dollah Badwi Azmin sehingga pertengahan kempen masih tak mendedahkan malah tak mengendahkan umpan yang beliau campakkan pada malam menamakan calon. Umpan telah dikerumun pepatah orang tua orang yang bersalah akan sentiasa takut dan serba salah..rakyat mula melihat. UMciNO di bawah penyelian Tn Hj Mahathir yang peringkat awal begitu mengugut supaya kotak tak di buka akhirnya bertindak seperti jaguh filem Hindustan mengatakan bahawa isu kotak rekaan keADILan kotak tersebut tiada kata mereka.

Persoalan kalau tiada kotak rahsia di tangan pemimpin keADILan mengapa ketika YB Azmin bercerita mengenai kotak mengapa UMNO-BN cemas ??? dan apalah karut mula-mula diugut jangan dedah kotak tetapi ada pula dalam juaknya yang sibuk nak tengok apa isi kotak...adakah ada dalam UMNO yang nak dah menyampah tengok Hj Mahathir and the gang berkuasa......haaaa hati-hati Tn Hj.......

Lepas pilihanraya yang tak larat nak cerita kerana kotornya taktik UMciNO maka Pemuda UMciNO heboh tak habis-habis berkokok mereka mendesak supaya YB Azmin dan keadilan minta maaf kerana gagal mendedahkan kotak...agaknya adalah dikalangan mereka yang mengandung mengidam nak tengok isi kotak....kesian.

Bola ditujukan terus ke kawasan keadilan juak UMciNO begitu bengis ingin merobek gawang pertahanan keadilan namun pemuda keadilan dengan bergaya memulangkan semula bola ke kawasan musuh dan terus tak melayan permainan tersebut...pemuda UMciNO mati kutu....kesian lagi..

YB Saifuddin bekas Setiausaha Pemuda UMNO dengan penuh kepemudaannya mempelawa pemuda UMciNO untuk berdebat isu kotak rahsia. Beliau menyatakan bahawa tak payah tanya kami mana kotak rahsia kerana beliau kata sebenarnya pemuda UMciNO dan bekas ketua pemudanya Zahid ada menyimpan rahsia kotak tersebut.......

Rupa-rupanya pemuda UMciNO kura-kura dalam perahu..buat-buat bertanya rupa-rupanya mereka pun tahu kurap rasuah dan salah guna kuasa dah berpekung tak boleh tutup lagi memang melanda UMciNO. Buat ketua pemuda cawangan atau bahagian tu toksah ler sama berlagak berkokok tak tentu punca jika pemimpin kamu kura-kura dalam perahu nanti kamu jadi lelabi............... haaaaaaaaa

Cikgu Badrul Hisham






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com