UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Cerita YB sana-sini...

Semasa menghadiri Seminar Pemantapan Organisasi di Ampangan penghujung tahun lalu, sempatlah mendengar cerita dari YB Ust Taib Azamuddin (Baling).

Katanya, beliau dinafikan dari mendapat sebarang peruntukan sbg ahli parlimen, spt yg diberikan kpd MP dari kem Bn. Bukan sekadar itu, beliau juga dilarang menyampaikan sumbangan kpd sekolah dlm kawasan yg diwakilinya.

Namun, oleh krn telah diamanahkan sebagai ahli parlimen, beliau telah mengumpul buah-buahan di daerah Baling & menjaja dengan lori termasuk di

parlimen. Beliau ingin mengumpul dana pendidikan utk membantu keluarga miskin di Baling. Jika musim buah berakhir, dibawa pula kuih-mueh kering utk dijual di mana sahaja beliau berceramah. Pd awal Feb 2002, ketika menghantar guru-guru PASTI ke Seminar Pengurusan & Undang2, kami ber- peluang menginap di Kem Sri Kluang, Besut, Trg. Cikgu Zaid, naib pengerusi PASTI Besut menyambut kami (pengerusi hadir kemudian, semasa qiamullail krn menjadi naqib usrah).

Menurut Cikgu Zaid, tidak dinafikan bahawa sejak Bn tarik royalti, sumber kewangan kerajaan negeri telah terhad. Namun, semua YB (termasuk dari umno, selaku pembangkang), diberikan peruntukan wakil rakyat. Hak tetap hak & diberikan semampunya.

Setelah mendengar cerita YB ini, saya sangat yakin bahawa jika peruntukan diberikan kpd YB dari BA, mereka boleh membantu rakyat lebih baik dari wakil Bn. Saya yakin, jika kes royalti di mahkamah me- mihak kpd kerajaan negeri, Terengganu boleh dimaju- kan seimbang dan lebih baik dari negeri-negeri kaya yg sekian lama dipimpin Bn spt Selangor.

GANDAKAN USAHA, LAKUKAN PERUBAHAN






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com