UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




ABDULLAH BADAWI PENGECUT?

Cili Api bersetuju dengan pandangan ramai orang bahawa TPM Abdullah Badawi seorang yang pengecut. Dalam laporan media secara besar-besaran pada 14 Februari, Dolah Badwi menuduh “seorang bekas anggota kabinet” telah menderma sebanyak RM38 juta kepada pertubuhan Islam radikal di Amerika Syarikat.

Tetapi Dolah Badwi tidak berani menyebut nama bekas anggota kabinet itu ataupun nama pertubuhan yang menerima wang tersebut.

Kata Dolah Badwi, sekarang beliau faham mengapa AS menuduh Malaysia terlibat dengan keganasan antarabangsa. Dolah Badwi mendasarkan kenyataannya kepada kononnya “pendedahan” yang dibuat oleh seorang ulamak yang kini bermustautin di AS, bernama Shaykh Muhammed Hisham Kabbani. Shaykh ini pun tidak mahu menyebut nama si pemberi dan si penerima wang itu. Ini kes si-pengecut meniru si-penakut. Shaykh ini juga berkata wang bantuan inilah punca AS menuduh Malaysia. Tetapi mengapakah selama ini perkara ini tidak pernah timbul?

Cili Api mahu Dolah Badwi namakan siapa bekas anggota kabinet itu dan pertubuhan radikal mana yang mendapat wang daripadanya. Jikalau beliau mempunyai bukti yang cukup, sila ambil tindakan yang wajar. Sebaliknya, jikalau ini hanya satu lagi fitnah, bersedialah dengan tindakan undang-undang..

Mengapakah Dolah Badwi, seperti PM Dr M @ Cek Det, tidak habis-habis hendak menabur fitnah ke atas mangsa kezaliman mereka? Tidak malukah terus menabur fitnah kepada seorang yang tidak mempunyai kebebasan untuk menjawab? Inikah dia amalan yang digalakkan oleh pemimpin-pemimpin dalam sebuah negara yang mereka sudah isytihar sendiri sebagai “negara Islam”?

Cek Det dan Dolah Badwi memang terkenal dengan fitnah bercabang terhadap seorang bekas ahli kabinet yang telah mereka zalimi. Untuk meyakinkan orang Islam, mereka fitnah dan hukum beliau sebagai peliwat dan perasuah. Untuk menarik perhatian para pemimpin AS, mereka tuduh beliau sebagai penyokong kuat pertubuhan Islam militan. Untuk memikat hati orang-orang kuat di Negara Ketiga, khususnya negara Arab yang anti-AS, mereka sebarkan dusta kononnya beliau pro-AS, bahkan mungkin agen kepada kuasa imperialis itu.

Cili Api dapat lihat wajah sebenar Cek Det dan Dolah Badwi, yang nampaknya masih dalam keadaan takut dan merasa terancam kedudukan. Mereka lebih buruk daripada biawak. Biawak cuma mempunyai lidah bercabang dua. Tetapi mereka bercakap dengan lidah yang lebih banyak cabangnya. Maklumlah, Malaysia “negara Islam” serba boleh!

Oleh : Cili Api






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com