UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PAS perlu lunakkan matlamat 'Negara Islam'

Oleh CK Tan

Kolumnis Sin Chew Jit Poh, Phan Yong Kiong, pada 22 Januari lalu menyeru PAS supaya melunakkan matlamat 'Negara Islamnya' jika ia masih berkeinginan mengubah senario politik negara yang kini semakin tidak memihak kepada pembangkang.

Menurut beliau, tindakan berkenan akan membolehkan parti itu menjadikan dirinya paksi utama pakatan pembangkang yang lebih aktif. Dari segi politik, kata beliau, PAS akan dapat menghidupkan semula perjalanan 'keretapi demokrasi,' sekaligus boleh menarik lebih ramai sokongan, terutama daripada golongan pertengahan.

Bagaimanapun, tambah beliau, dari segi ideologi, langkah sedemikian boleh dianggap dan ditafsirkan sebagai mengkhianati cita-cita parti itu.

'Ia (langkah melunakkan matlamat Negara Islam) merupakan suatu bentuk 'kesakitan' yang perlu ditempuhi oleh parti itu dalam proses kelahiran semula dirinya,' sambung beliau lagi.Tambahnya, dalam sebuah masyarakat yang bersifat pluralistik dan pelbagai, parti politik yang tidak berpijak di bumi nyata tidak mungkin dapat memerintah kerana politik demokrasi merupakan politik rasional - dalam erti kata, semua keputusan politik rakyat khasnya, dibuat berdasarkan pertimbangan yang waras dan objektif.

Sungguhpun demikian, menurutnya, persoalan sama ada PAS boleh menguasai percaturan politik negara amat bergantung kepada keberanian Presidennya, Dato' Fadzil Noor, untuk mengisytiharkan kepada seluruh dunia bahawa jika parti itu berjaya memerintah, ia tidak akan dan tidak perlu menubuhkan sebuah 'Negara Islam.'

Beliau juga bersetuju bahawa keimanan, ajaran agama dan kemuliaan akhlak boleh diperkukuhkan dalam pelaksanaan dasar-dasar pemerintahan.

Beliau mencadangkan supaya PAS mencontohi parti-parti politik yang berteraskan agama seperti di Jerman dan Jepun yang tidak sama sekali berniat menukar sistem pemerintahan mereka dengan membina sebuah 'Negara Kristian' atau 'Negara Buddha.'

Dalam rencana itu, beliau turut meramalkan bahawa dalam tempoh tiga tahun akan datang Barisan Nasional (BN) mungkin akan menjadi sebuah parti pasif yang dominan, tetapi bukan sebagai pemegang tampuk pemerintahan utama di negara ini.

'Mana-mana kuasa politik yang aktif dan cergas yang berjaya merebut tampuk pemerintahan dan dibantu oleh persekitaran semasa, sudah pasti akan dapat melahirkan sebuah kekuatan politik dan sosial yang menakjubkan," katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com