UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ustaz Samsuri: Mangsa Amalan Fitnah Golongan Kufar

Assalamualaikum,

Banyak sudah komen-komen yang penulis baca di dalam laman maya ini berhubung isu kehadiran Ustaz Samsuri ke majlis ceramah BN pada piliharaya kecil di IK tempohari. Pelbagai reaksi dihasilkan melalui penulisan samada dari mereka yang pernah berguru dengan beliau mahupun dari kalangan mereka yang mengikuti kuliah beliau secara media (keset ataupun televisyen). Reaksi-reaksi yang ditunjukkan cukup senada dan masing-masing menyimpulkan bahawa isu ini tidak perlu diperpanjangkan.

Penulis tidaklah mahu untuk menambahkan kekalutan lagi isu ini dikalangan pembaca-pembaca maya sekalian kerana penulis melihat, isu ini mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan apa yang telah berlaku keatas DSAI. Jika kita imbau semula peristiwa yang telah berlaku pada 28 September 1998 ke atas DSAI itu, amalan fitnahlah yang membuatkan beliau kini merempat tinggal dipenjara tanpa sebarang simpati dari musuh-musuh beliau. Begitu juga fitnah yang dihamburkan keatas Dato' Haron Din seorang ulamak yang cukup dikenali dan disegani kawan serta lawan. Siapakah yang memfitnah mereka ini? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan sebagai manusia kita dianjurkan untuk memikirkan segala peristiwa di atas dengan akal fikiran kita yang waras dengan dipandu oleh hadis dan Al-Quran.

Dengan tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku ke atas Ustaz Samsuri juga dari fitnah-fitnah yang telah diatur oleh musuh-musuh Islam, kita sepatutnya tidak perlu bertelagah sesama sendiri untuk mencari siapakah yang benar dan siapakah yang salah kerana pertelagahan hanya akan menambahkan lagi kekeliruan dikalangan pengikut-pengikut beliau mahupun pemerhati-pemerhati luar. Sememangnya itulah yang diinginkan oleh musuh-musuh beliau bagi mengurangkan kekuatan pengaruh Ustaz Samsuri dan seterusnya membunuh imej beliau secara perlahan-lahan. Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw ada bersabda iaitu di akhir zaman nanti akan berlaku fitnah yang berleluasa di kalangan manusia dan ia merupakan salah satu dari tanda-tanda akhir zaman.

Sememangnya hidup di akhir zaman ini, kita tidak akan dapat lari dari dibelenggu oleh amalan fitnah ini. Malah Islam sendiri menegaskan bahawa amalan fitnah ini lebih besar dosanya dari membunuh.. Memang benar kita perlu mencari kebenaran dalam memperbetulkan keadaan akan tetapi cara ini dilihat penulis akan lebih memarahkan suasana dan akan mengambil masa yang agak panjang. Biarkan isu ini dinilai sendiri oleh pengikut-pengikut dan pembaca-pembaca sekalian mengikut perpektif masing-masing.

Oleh itu, kepada semua pengikut-pengikut Ustaz Samsuri, juga buat mereka yang sering membeli atau mengikuti ceramah-ceramah beliau samada melalui keset-keset ataupun kuliah-kuliah, janganlah tuan-tuan semua terikut-ikut rentak dan tarian pihak-pihak yang sedang cuba memburuk-burukkan Ustaz Samsuri. Ambillah pendekatan dengan berdiam diri sahaja dan marilah kita bermunajat menyerah diri kepada Allah agar ditunjukkan kebenaran dan dimusnahkan kemungkaran, insya'Allah.

Cucu Reformasi






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com