UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kerajaan Singapura tidak harus menunjukkan ketidakpekaan terhadap hak dan perasaan kaum Islam di republik itu dengan bertegas tidak membenarkan pelajar perempuan beragama Islam memakai tudung di sekolah

Kerajaan Singapura tidak harus menunjukkan ketidakpekaan terhadap hak dan perasaan kaum Islam di republik itu dengan bertegas tidak membenarkan pelajar perempuan beragama Islam memakai tudung di sekolah. Sungguhpun kerajaan Singapura mempunyai hak untuk melaksanakan dasar dalaman di dalam republik, ia tidak patut lupa akan hakikat menginjak perasaan kaum Islam. Perkara 15(1) Perlembagaan Singapura memperuntukkan, “Setiap orang mempunyai hak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya dan menyebarkannya.”

Dalam kes Meor Atiqulrahman bin Ishak lawan Fatimah bte Sihi, Mahkamah Tinggi Seremban memutuskan pada 6 Ogos 1999 bahawa guru besar Sekolah Kebangsaan Serting Hilir tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghalang pelajar-pelajar beragama Islam daripada memakai turban ke sekolah. Mahkamah tersebut berkeputusan pembuangan pelajar daripada sekolah kerana memakai turban adalah tidak sah dan tidak berkuatkuasa.

Para pelajar tersebut telah menjustifikasikan pemakaian turban di atas alasan amalan itu adalah tradisi Nabi Muhammad. Serupa juga, di United Kingdom, Mahkamah House of Lords telah memutuskan bahawa seorang konduktor bas beragama Sikh mempunyai hak untuk memakai turban sejajar dengan kepercayaan agamanya. Di Kanada, suatu perisytiharan kehakiman menetapkan bahawa seorang bangsa Mountie beragama Sikh berhak memakai turban seperti yang diperuntuk oleh agamanya.

Barangkali, kerajaan Singapura harus juga memohon perisytiharan kehakiman daripada mahkamah mengenai kesahan dan keberperlembagaan perintah Kementerian Pendidikan. Perintah berkenaan nampaknya tidak mempunyai apa-apa asas rasional. Jauh daripada memajukan integrasi perkauman, perintah tersebut tidak akan membawa kebaikan sekiranya dilaksanakan. Ia hanya akan mengasingkan kaum Islam bukan sahaja di Singapura tetapi juga mereka yang berada di seberang tetambak.

Justeru, saya menyeru kerajaan Singapura supaya mengkaji semula perintahnya dan mengelak dan berhenti daripada mengambil tindakan disiplin terhadap empat pelajar berkenaan. Walau bagaimanapun, pemakaian tudung oleh pelajar perempuan beragama Islam tidak akan menyebabkan perbalahan perkauman dalam apa carapun. Saya telah menyangkakan kerajaan Singapura tentunya akan bertindak dengan lebih matang sebalik daripada melaksanakan perintah sedemikian yang bertentangan dengan logik dan akal budi.

Pelajar beragama Sikh di sekolah-sekolah Singapura dibenarkan memakai turban. Kenapa harus berlakunya diskriminasi terhadap pelajar perempuan beragama Islam pula? Jika perintah tersebut ditarik balik, harmoni di antara kaum di republik tersebut sudah tentu akan bertambah baik. Penguatkuasaannya hanya akan menyemai bibit-bibit perbalahan di kalangan kaum Islam, suatu akibat yang mana kerajaan Singapura pastinya ingin elakkan memandangkan keadaan masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di republik itu.

Oleh : Karpal Singh






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com