UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Adakah klip memali sama seperti klip video propaganda 90 saat

Penyiaran berterusan propaganda politik Barisan Nasional (BN) 90 saat yang disamar sebagai berita waktu perdana adalah sebahagian daripada manipulasi jangka panjang terhadap kelakuan dan fikiran para pengundi bagi pilihanraya berikut dan perlu dikecam oleh semua parti politik dan rakyat Malaysia berfikiran waras yang mahu melihat keadilan dan kesaksamaan dalam politik Malaysia.

Kenyataan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin semalam bahawa TV1 akan terus menyiarkan klip propaganda berbau politik BN 90 saat yang digunakan dalam pilihanraya kecil Indera Kayangan untuk menggambarkan Barisan Alternatif yang diketuai PAS sebagai mewakili sebuah Taliban Malaysia adalah bukti bahawa para propagandis BN mahu menggunakan klip yang sama untuk memanipulasi fikiran pengundi-pengundi dalam tempoh 18 bulan sehingga pilihanraya umum berikut yang mana mungkin diadakan pada tahun depan atau tahun 2004 seperti yang diberitahu oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam wawancara dengan ahli akademik Taiwan.

Ini adalah suatu eksploitasi amat tidak berprinsip dua muslihat BN bagi pilihanraya umum berikut, yakni muslihat 11 September dan muslihat Taliban, dan Suruhanjaya Pilihanraya patut menyedari tanggungjawab perlembagaannya untuk menjalankan pilihanraya umum yang bebas, adil dan bersih dan mengadakan suatu persidangan meja bulat melibatkan semua parti untuk menggubal suatu Kanun Kelakuan Pilihanraya yang Bersih dan Jujur yang mengawal semua parti politik, baik kerajaan mahupun pembangkang, dan sama ada semasa kempen pilihanraya ataupun sebelumnya.

Kanun Kelakuan Pilihanraya sedemikian harus memasukkan peruntukan-peruntukan untuk menangani penyalahgunaan kuasa seperti penyiaran klip propaganda 90 saat yang disamar sebagai berita waktu perdana melalui rangkaian televisyen, sama ada dalam persiapan menjelang pilihanraya kecil Indera Kayangan ataupun untuk tempoh 18 bulan sehingga pilihanraya umum berikut.

Zainuddin juga mengumumkan semalam bahawa TV1 akan menyiarkan suatu klip video 20 minit bermula malam Khamis mengenai kejadian Memali. Adakah ini berupa penyiaran sekali sahaja ataupun satu lagi penyiaran berterusan seperti propaganda politik 90 saat yang disamar sebagai berita waktu perdana untuk menggambarkan Barisan Alternatif sebagai melambangkan Taliban Malaysia?

Oleh : Lim Kit Siang






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com