UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Suhakam patut memperbetulkan diri

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diharap-harapkan oleh ramai rakyat Malaysia dalam tahun pertama penubuhannya bahawa ia mungkin membuktikan pengkritik-pengkritiknya salah dan menunjukkan ia dapat melakukan perubahan untuk melindungi dan memajukan hak asasi manusia di dalam negara.

Akan tetapi, apabila Suhakam memulakan tahun keduanya, ia hilang daya dan momentum. Tempoh lima bulan lalu selepas serangan pengganas 11 September di New York dan Washington tidak boleh menjadi lebih buruk bagi Suhakam yang nampaknya telah hilang segala haluan dan tujuannya.

Dalam lima bulan tersebut, Suhakam sekadar menjadi pemerhati kepada pelbagai pelanggaran dan pencabulan hak asasi manusia tanpa keghairahan dan semangat tahun pertamanya yang memberangsangkan dalam menangani apa-apa pelanggaran atau aduan hak asasi manusia.

Suhakam patut memperbetulkan diri, mengecas semula dan memperolehi semula matlamat baru untuk melindungi dan memajukan hak asasi manusia sekiranya ia tidak ingin diasingkan sepenuhnya dan dijadikan tidak relevan oleh sindrom 11 September. Ini akan menjadi penghabisan yang menyedihkan kepada perlantikan dua tahun pertama Suhakam untuk melaksanakan tanggungjawab dan mandat statutorinya bagi memaju dan melindungi hak asasi manusia.

Contoh-contoh terbaru pelbagai pelanggaran dan pencabulan hak asasi manusia dalam beberapa bulan lepas baru-baru ini yang mana Suhakam gagal memberikan respons secara sensitif dan munasabah termasuk:

  • Tangkapan semula pemimpin Parti Keadilan Nasional, Badrul Amin Bahrom di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan penghantaran balik ke kem tahanan Kamunting tiga bulan selepas pembebasan bersyaratnya;
  • Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri menindas yang paling luas sekali dalam tempoh lebih satu dekad terhadap rakyat Malaysia sebalik daripada mendakwa mereka di bawah undang-undang yang sedia wujud di negara supaya memberikan mereka peluang perbicaraan awam sejajar dengan kedaulatan undang-undang;
  • Larangan tidak demokratik ke atas ceramah politik oleh parti-parti pembangkang;
  • Penggantungan pelajaran empat pelajar tahun akhir Universiti Sains Malaysia dan pengenaan hukuman denda ke atas dua pelajar lain di atas kegiatan-kegiatan yang sah;
  • Tindakan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menarik balik kelulusan untuk mengadakan suatu pameran dan persembahan kebudayaan Cina oleh sekumpulan pelajar UTM pada saat terakhir;
  • Penerusan tindakan keras ke atas kebebasan akademik para pensyarah di universiti-universiti yang diperlihat oleh langkah terbaru mewajarkan semua kakitangan akademik menandatangani surat akujanji;
  • Penyalahgunaan prasarana penyiaran awam sebagaimana dalam penyiaran klip propaganda berbau politik Barisan Nasional 90 saat setiap malam yang disamarkan sebagai berita waktu perdana sepanjang tiga minggu menjelang pilihanraya kecil Indera Kayangan;
  • Penghakisan kebebasan berpendapat dan akhbar yang bebas yang mana contoh terbaru adalah penangguhan sengaja terhadap keluaran majalah Far Eastern Economic Review disebabkan laporan-laporan yang kurang disenangi oleh kerajaan Barisan Nasional; dan
  • Penafian tidak demokratik kebebasan bergerak yang dicerminkan dalam keengganan kerajaan negeri Sarawak untuk membenarkan penghuni Sarawak selama 23 tahun, Tan Seng Hin untuk bersatu semula dengan keluarganya di Sarawak.

    Justeru, Suhakam perlu mengadakan suatu kajian semula dengan segera untuk menyelesaikan krisis keyakinan yang menghadapinya secara tiba-tiba setelah menunjukkan prestasi yang agak baik dalam kewujudan tahun pertamanya bagi menentukan sama ada ia harus menerima nasib diasingkan dan dijadikan mangsa sindrom 11 September ataupun dapat menjadikan dirinya relevan untuk memenuhi tanggungjawab dan mandat statutorinya untuk melindungi dan memajukan hak asasi manusia di Malaysia dalam senario pasca-11 September di mana hak asasi manusia kini berdepan dengan ancaman di seluruh dunia.






  •         
    Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002

    Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
    Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com