UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ayan Perumal tidak patut dijadikan mangsa sosio-politik MIC

Presiden MIC dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu harus memohon agar ditubuhkan satu pasukan petugas Kabinet untuk menghapuskan kemiskinan amat teruk di kawasan estet di bawah Rancangan Malaysia Kelapan dan memastikan pengasingan warga-warga miskin bangsa India di Malaysia tidak diketepikan begitu sahaja dan dilupakan sepertimana tragedi Kampung Medan setahun lalu.

Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum patut berasa malu kerana sungguhpun pemimpin kerajaan mengheboh-hebohkan “pembangunan moden” di negara, memuji-muji memiliki pencakar-pencakar langit dan monumen-monumen tertinggi dan terunggul di dunia, penderitaan golongan miskin di kawasan estet terus tidak dihiraukan. Umumnya, mereka ini terpaksa menjaga diri sendiri dalam menangani keperluan sosio-ekonomi yang paling asas sekali.

Penonjolan dan pembaikan kemiskinan amat teruk di kalangan penduduk Nigel Gardner, Bukit Tagar dan estet-estet berhampiran di Hulu Selangor harus menjadi suatu usaha yang menjangkau politik parti dan kaum oleh sebab ianya adalah suatu isu kemanusiaan asas yang tidak sepatutnya menjadi perbalahan politik yang mengaibkan.

Adalah suatu penghinaan serius kepada perihal negara bermegah-megah tentang pembangunan dan keadilan yang dikecapi bahawa 45 tahun selepas kemerdekaan, tuntutan sosio-ekonomi yang paling asas oleh rakyat Malaysia terhadap pembayaran yuran sekolah tahunan sebanyak RM25 bagi 11 pelajar sekolah rendah (yang masih belum dibayar sejak tahun 1998), subsidi tambang bas sebanyak RM50 setiap bulan bagi 50 pelajar sekolah menengah yang terpaksa melalui perjalanan sejauh 16 km ke sekolah mereka di Batang Berjuntai, dan penajaan alat tulis dan tali leher sekolah bagi 122 pelajar, boleh pula menjadi suatu pertelingkahan politik secara besar-besaran yang mana mengakibatkan Naib Pengerusi cawangan MIC estet Nigel Gardner, Ayan Perumal dan keluarganya dijadikan mangsa sosio-politik.

Ahli Parlimen MIC bagi Hulu Selangor, Datuk G. Palanivel telah mendakwa bahawa estet-estet Nigel Gardner dan Bukit Tagar di kawasan Parlimennya telah menerima bantuan bernilai lebih daripada RM100,000.

Sekiranya Palanivel adalah betul, bolehkah beliau menjelaskan kenapa masalah-masalah sosio-ekonomi asas seumpama itu yang menjejaskan hak berpendidikan kanak-kanak sekolah di estet-estet tersebut (yang merupakan harapan terbaik mereka untuk membebaskan diri daripada kitaran kejam kemiskinan amat teruk, penghinaan sosial serta kehidupan melakukan jenayah) tidak dapat ditangani dan diselesaikan?

Jelasnya, bantuan bernilai lebih RM100,000 yang diagihkan kepada estet-estet Nigel Gardner dan Bukit Tagar tersebut tidak digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyelesaikan keperluan sosio-ekonomi paling asas penduduk dan anak-anak mereka di situ. Jikalau benar, pemeriksaan audit bebas oleh badan-badan bukan kerajaan yang saksama harus dijalankan untuk mengenalpasti sama ada bantuan RM100,000 tersebut serta dana pembangunan tahunan bagi kawasan Parlimen berkenaan sebanyak RM500,000 yang mana setiap Ahli Parlimen Barisan Nasional berhak kepada, telah digunakan dengan sewajarnya!

Justeru, Samy Vellu patut mengarahkan pemberhentian segala tindakan yang diambil oleh MIC untuk menghukum dan memangsakan Ayan Perumal kerana menghebohkan secara umum penderitaan golongan papa kedana di estet-estet Nigel Gardner dan Bukit Tagar serta mengarahkan supaya Yayasan Strategik Sosial (YSS) meletakkan Nigel Gardner, Bukit Tagar dan estet-estet berhampiran di bawah jagaannya dan melaksanakan rancangan-rancangan pembangunan komunitinya bagi menghapuskan kemiskinan yang begitu daif sekali, khasnya apabila kerajaan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit kepada YSS untuk tujuan ini.

Oleh : Lim Kit Siang






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com