UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PAM harus menghidupkan pengurusan yang berkalibar

Pengerusi Perbadanan Air Melaka (PAM), Datuk Mohd Ali Rustam diminta menjelas kenyataan seorang pemimpin negeri dua minggu lepas bahawa bekalan air memang mencukupi untuk tempoh Tahun Baru Cina, yang bercanggah dengan kenyataan Pengurus Besar PAM, Baharam Mohd pada 16 Februari bahawa catuan air mungkin dijalankan selepas Hari Raya Haji pada 23 Februari 2002.

Kenyataan yang bercanggah dalam dua minggu telah menjejaskan keyakinan orang ramai tentang kemampuan kerajaan negeri menghadapi krisis bekalan air. Rakyat tidak akan melupai kesusahan krisis ketiadaan air pada tahun 1991 sehingga terpaksa bergantung kepada lori tangki air selama 9 bulan apabila Empangan Durian Tunggal kering begitu sahaja. Pengumuman PAM bahawa catuan air akan dijalankan dalam masa seminggu amat mengejutkan dan membimbangkan rakyat Melaka. Ini adalah kerana rakyat Melaka belum bersiap sedia memandangkan para pemimpin negeri selama ini memberikan jaminan bahawa tidak akan ada masalah besar dalam bekalan air negeri.

Untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai bahawa PAM boleh mengatasi krisis air ini, adalah perlu PAM bersikap terbuka dan telus dan tidak cuba menutup atau menyembunyikan apa-apa maklumat, khususnya masa dan kawasan yang dikenakan catuan air. PAM perlu menghidupkan semula pengurusan krisis (crisis management) dengan mencari jalan menjimatkan air menerusi langkah mengurangkan kebocoran air dan juga mengenal pasti kawasan yang terjejas teruk dalam sebarang catuan air. Ini adalah perlu untuk mempertahankan imej Melaka sebagai destinasi pelancongan antarabangsa dan juga pusat pelaburan.

Berdoa untuk hujan memang sesuatu yang baik tetapi ia mesti ditambah dengan perancangan dan tindakan pro-aktif untuk mengatasi kelemahan yang sedia ada dalam PAM untuk menghadapi krisis air ini. Kegagalan PAM selama ini untuk mengurangkan kebocoran air sebanyak hampir 30%, iaitu bagi 373 juta liter air sehari yang dikeluarkan, hanya 270 juta liter air sampai kepada pengguna manakala 104 juta liter air akan hilang. Kalau pembaziran air ini boleh dikurangkan, maka catuan air mungkin tidak perlu dijalankan begitu awal.

Pokoknya, mengapakah PAM tidak mengatasi kebocoran air selama ini? Bantuan mesti diberikan kepada kawasan tinggi dan rumah pangsa yang akan menerima kesan paling teruk dalam sebarang catuan air. Dalam apa-apa langkah catuan air, penghuni kawasan tinggi akan pertama dikenakan catuan air dan terakhir menerima air. Kadang-kala, air langsung tidak boleh sampai kerana tekanan air tidak mencukupi.

Tambahan pula, kerja pengurusan krisis ini harus diserahkan kepada ahli profesional dan bukannya ahli-ahli politik yang dilantik bukan kerana kepakaran mereka. Krisis ini adalah terlalu penting untuk membenarkan ahli politik memanaskan kerusi mereka sahaja dalam PAM. Encik Baharam juga menyebut bahawa catuan air akan dikenakan terdahulu ke atas pengguna domestik sebelum pengguna perniagaan. Adalah tidak patut pengguna domestik dikenakan catuan air dahulu. Kalau catuan air dijalankan, hanya adil sekiranya semua pengguna dikenakan catuan secara sama rata tanpa sebarang pilih kasih atau diskriminasi. Saya akan menghubungi PAM esok di pejabatnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana catuan air ini akan diadakan.

Oleh : Betty Chew Gek Cheng






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com