UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kenaikan tarif telefon tidak munasabah

DAP Wanita menentang dengan kerasnya kenaikan kadar tarif telefon. Adalah sungguh menghairankan kerajaan meluluskan permohonan Telekom Bhd untuk menaikkan tarif sebanyak 33% untuk panggilan tempatan daripada 3 sen seminit kepada 4 sen seminit serta sewa talian bersama dengan pengurangan caj panggilan antarabangsa dan caj panggilan dalam negara jarak jauh (STD). Saya ingin mencabar Menteri Tenaga Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie untuk menjelaskan apakah faedah kepada pengguna ekoran kenaikan kadar ini?

Kenaikan 33% panggilan tempatan ini adalah satu ang pau besar kepada Telekom kerana penurunan caj panggilan antarabangsa dan panggilan STD terpaksa dijalankan oleh Telekom. Telekom terpaksa menurunkan caj panggilan antarabangsa bukan kerana ingin menjimatkan wang pengguna Malaysia tetapi untuk bersaing dengan kadar rendah yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi dari negara lain.

Caj panggilan antarabangsa syarikat telekomunikasi negara lain begitu rendah sehinggakan Telekom boleh rugi keuntungan berpuluh-puluh juta ringgit kepada syarikat telekomunikasi lain, lebih-lebih lagi apabila peraturan World Trade Organisation (WTO) membuka pasaran perdagangan dikuatkuasakan mulai 2003. Betapa pentingnya WTO boleh dilihat apabila negara Cina menyertai WTO, sebuah badan kapitalis yang bercanggah dengan fahaman komunis.

Adalah jelas tindakan menaikkan caj panggilan tempatan 33% dan sewa talian merupakan satu ang pau yang hanya menambahkan keuntungan Telekom. Untuk tahun 2001, Telekom telah mencatat keuntungan RM1.2 bilion sebelum cukai dan oleh demikian, adalah tidak patut pengguna diminta menyumbangkan lagi kepada keuntungan ini. Oleh kerana kerajaan adalah pemilik terbesar, pengguna sepatutnya mendapat faedah daripada keuntungan besar RM1.2 bilion ini. Lagipun, perkhidmatan Telekom belum memuaskan, apatah lagi apabila panggilan pengguna kepada Kedai Telekom tidak dijawab dan pemasangan talian telefon lambat.

Saya bimbang dengan tahap perkhidmatan seperti ini, bagaimana Telekom dapat bersaing dengan syarikat gergasi telekomunikasi antarabangsa apabila WTO dikuatkuasakan pada 2003? Adalah diharapkan kerajaan boleh memberikan ang pau Tahun Baru Cina bukan kepada Telekom tetapi kepada rakyat Malaysia, dengan menghapuskan cadangan kenaikan tarif 33% dan sewa talian serta memaksa Telekom menaikkan prestasi perkhidmatan, produktiviti dan efisiensinya.

Oleh : Betty Chew Gek Cheng






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com