UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Tuduhan bahawa bekas Menteri Kabinet memberikan wang kepada pertubuhan Islam AS tidak patut diterima begitu sahaja

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata semalam bahawa Wisma Putra akan berbincang dengan “pihak-pihak tertentu” di Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan bukti mengenai seorang bekas Menteri Kabinet yang dikatakan telah menyumbang AS$10 juta kepada pertubuhan-pertubuhan Islam AS yang mungkin mempunyai pertalian dengan kumpulan-kumpulan pelampau.

Beliau berkata perkara tersebut melibatkan kepentingan awam dan kementeriannya akan menentusahkan suatu “kenyataan” yang dibuat mengenai hal berkenaan oleh pengerusi Majlis Tertinggi Islam Amerika, Sheikh Muhammad Hisham Kabbani.

Kenyataan oleh kerajaan bahawa ia akan mendapatkan pengesahan daripada AS berhubung tuduhan Sheikh adalah terlewat seminggu, kerana Sheikh Muhammad Hisham telah mempersoalkan bukan sahaja reputasi seorang bekas Menteri Kabinet tetapi juga reputasi Malaysia, khasnya apabila beliau telah menuduh bahawa selepas kejadian 11 September, apabila pertubuhan-pertubuhan Islam di AS disiasat oleh Federal Bureau of Investigations (FBI) tentang pertalian mungkin dengan beberapa kumpulan pelampau, Malaysia tidak dapat mengelak daripada dikaitkan bersama.

Sheikh Muhammad Hisham berkata, “Itulah cara bagaimana Malaysia dikaitkan dengan kegiatan-kegiatan keganasan,” sungguhpun Malaysia ialah sebuah negara bertamadun dan tidak menyokong kegiatan-kegiatan keganasan.

Menteri-menteri Kabinet UMNO telah menggagalkan negara dengan menampilkan diri mereka sebagai ahli politik UMNO terdahulu dan nasionalis negara kemudian dalam pemberian layanan VIP kepada seorang asing yang telah memburukkan reputasi antarabangsa negara tanpa bukti.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara di mana seorang asing dapat datang ke Malaysia untuk memfitnah negara dan memburukkan reputasi antarabangsa kita dan diraikan sebagai seorang “perwira” dengan akses bebas kepada para pemimpin kerajaan tertinggi, termasuk Timbalan Perdana Menteri, tanpa perlu memberikan apa-apa bukti untuk menyokong tuduhan-tuduhan serius terhadap maruah dan reputasi negara.

Apabila Sheikh Muhammad Hisham mendakwa bahawa Malaysia “dikaitkan bersama secara tidak dapat dielakkan” dalam siasatan FBI ke atas keganasan dan pertubuhan-pertubuhan Islam pelampau di AS selepas serangan pengganas 11 September dan bahawa seorang bekas Menteri Kabinet telah memberikan dana kepada pertubuhan-pertubuhan tersebut, Menteri-menteri Kabinet UMNO telah lupa akan tanggungjawab nasionalis dan maruah mereka dengan memilih untuk mempercayai tuduhan kedua walaupun tuduhan pertama itu memudaratkan reputasi antarabangsa Malaysia tanpa meminta apa-apa bukti.

Adalah seminggu terlalu lewat untuk Menteri Luar Negeri berkata tentang mendapatkan bukti daripada “pihak-pihak tertentu” di AS untuk menyokong dakwaan-dakwaan Sheikh Muhammad Hisham, memandangkan sepanjang minggu lepas, Menteri-menteri Kabinet UMNO telah bercakap dan bertindak seakan-akan dakwaan-dakwaan berkenaan adalah benar – dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu rakyat dan dunia: “I have always wondered why the US and its media made so many accusations against us. Now we know why.” (Selama ini saya telah bertanya-tanya kenapa AS dan media negaranya membuat begitu banyak tuduhan terhadap kita. Sekarang kita tahu apa sebabnya.) (New Straits Times, 14 Feb 2002)

Menteri-menteri UMNO sepatutnya meminta bukti untuk menentusahkan dakwaan-dakwaan Sheikh Muhammad Hisham terlebih dahulu sebelum menerimanya dan bukannya menerimanya dan barulah meminta bukti.

Tambahan pula, bukti yang sepatutnya dituntut oleh Menteri-menteri UMNO tidak seharusnya daripada “pihak-pihak tertentu” di AS tetapi daripada Sheikh Muhammad Hisham sendiri dan seandainya beliau tidak dapat menunjukkan apa-apa bukti, Malaysia mesti mengambil tindakan terhadapnya kerana negara kita tidak boleh membiarkan mana-mana orang asing untuk datang ke negara untuk memfitnah dan memburukkan reputasi antarabangsa negara tanpa segelintir bukti pun, sebaliknya diraikan pula sebagai seorang yang amat penting dan “perwira” oleh kerajaan dan Menteri-menteri Kabinet!

Tuduhan-tuduhan Sheikh Muhammad Hisham harus menjadi keutamaan agenda Kabinet esok setelah tindakan Menteri-menteri Kabinet UMNO yang telah menggagalkan negara dalam menunjukkan diri mereka sebagai ahli politik UMNO terdahulu dan nasionalis negara kemudian dalam pemberian layanan VIP kepada seorang asing yang telah memburukkan reputasi antarabangsa negara tanpa bukti.

Kabinet patut menebus maruah dan reputasi negara dan mengarahkan supaya Sheikh Muhammad Hisham diusir dari Malaysia dan diisytiharkan sebagai persona non grata melainkan beliau dapat menunjukkan bukti untuk menyokong dakwaannya bahawa FBI telah mendapati dalam siasatan pasca-11 September ke atas keganasan bahawa Malaysia dikaitkan bersama secara tidak dapat dielakkan apabila FBI menyiasat pertubuhan-pertubuhan Islam di AS untuk mengenalpasti kemungkinan pertalian dengan beberapa kumpulan pelampau berhubung dengan sikap militan dan keganasan.

Oleh :Lim Kit Siang






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com