UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kertas Putih mengenai skandal Perwaja perlu dibentangkan di Parlimen

Pengumuman mengejutkan penamatan operasi Perwaja Steel Sdn Bhd dan pemberhentian kerja kakitangannya telah dikurangkan oleh kejutan lebih besar sikap acuh tak acuh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam penutupan kilang-kilang Perwaja Steel atas alasan ianya suatu keputusan perniagaan.

Abdullah tidak boleh cuci tangan dengan skandal Perwaja RM10 bilion tetapi mesti memikul tanggungjawab peribadi dan kolektif di atas salah satu skandal korporat paling buruk dalam sejarah negara memandangkan beliau telah pulang ke Kabinet selama sedekad lalu selepas ketiadaan empat tahun beliau berikutan perebutan kuasa UMNO dalam tahun 80-an.

Abdullah ialah seorang ahli Kabinet yang pada tahun 1997 memilih Syarikat Maju Holdings Sdn Bhd daripada empat cadangan sektor korporat berhubung penyelamatan Perwaja dengan memberikan syarikat itu 51% pegangan dan kuasa pengurusan serta membenarkan kumpulan bumiputera tersebut untuk bermula dengan bersih di mana kerajaan telah menanggung tanggungjawab penuh bagi kerugian RM2.9 bilion dan liabiliti RM6.9 bilion yang dipikul oleh Perwaja.

Pada bulan Januari 1997, saya telah menyeru kerajaan membentangkan suatu Kertas Putih di Parlimen mengenai empat cadangan penyelamatan Perwaja memandangkan dengan para pembayar cukai rakyat Malaysia memikul tanggungjawab penuh bagi kerugian amat besar Perwaja sebanyak RM2.9 bilion dan tanggungan sebanyak RM6.9 bilion, kerajaan mempunyai tugas untuk menjelaskan sama ada ia telah menerima apa-apa cadangan yang lebih baik berbanding cadangan yang dikemukakan oleh Maju Holdings Sdn Bhd yang melibatkan beban kewangan yang lebih rendah ke atas kerajaan dan janji kejayaan yang lebih besar, yakni mempunyai “modal yang kukuh dan pengalaman dalam industri kekuli” dan sekiranya demikian, mengapakah cadangan-cadangan ini telah ditolak?

Keputusan Kabinet untuk berpihak kepada cadangan penyelamatan yang diutarakan oleh Maju Holdings Sdn Bhd dan menolak tiga tawaran lain mesti dikenakan siasatan awam ekoran daripada kegagalan tawaran penyelamatan Maju Holdings dengan berita buruk penutupan kilang-kilang dan pemberhentian kerja kakitangan Perwaja.

Sebagai seorang ahli Kabinet yang berkeputusan untuk menyerahkan Perwaja kepada Maju Holdings dengan rekod bersih, Abdullah tidak boleh mengelak daripada tanggungjawab di atas penamatan operasi Perwaja dan pemberhentian kerja kakitangannya. Maka, saya menyeru kepada Abdullah dan seluruh Kabinet untuk memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia di atas perkembangan terkini Perwaja.

DAP membuat seruan untuk pembentangan Kertas Putih mengenai Perwaja di Parlimen bulan depan yang mana harus meliputi dua aspek penting: pertama, memberikan butiran penuh mengenai empat tawaran penyelamatan Perwaja yang dikemukakan kepada kerajaan pada tahun 1997, apakah sebabnya Maju Holdings dipilih dan mengapakah ia gagal sekarang; dan kedua, menyediakan laporan penuh mengenai hasil siasatan ke dalam skandal Perwaja RM10 bilion.

Pada bulan Julai 1999, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat suatu laporan polis mengenai skandal Perwaja di mana beliau telah mengemukakan tuduhan-tuduhan khusus berkaitan dengan korupsi dan penyalahgunaan kuasa dan menyebut nama-nama mereka yang terlibat.

Semenjak itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah membuat komen-komen mengasyikkan bahawa ia hampir-hampir memperolehi kejayaan dalam siasatannya ke dalam skandal Perwaja.

Masa sudah sampai keseluruhan kisah skandal Perwaja RM10 bilion yang berlaku dalam tempoh pentadbiran dua dekad Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, patut diumumkan sepenuhnya dalam Kertas Putih kepada Parlimen bulan depan.

Oleh : Lim Kit Siang






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com