UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Bil Telefon Pula Naik!

Sumber :
Guru Reformasi Online


Oleh : Dare2BExtreme

Assalamualaikum,

'Tahniah' BN kerana berjaya menambahkan penderitaan rakyat melalui kenaikkan bil telefon mulai Febuari 2002 ini. Cukup memualkan mendengar kenyataan merapu, dangkal, dungu yang bercelaru dari Ahli Lembaga Pengarah Telekom di TV3 baru-baru ini berhubung perkara ini. Alasan kerasionalan tindakan mereka itu kononnya bertujuan untuk meningkatkan kualiti serta kecekapan perkhidmatan dan juga untuk mengimbangi kadar bayaran yang dikenakan oleh perkhidmatan telefon selular swasta dalam pasaran ketika ini.

Kenyataan ini seolah-olah mereka telah lupa objektif utama penubuhan serta peranan mereka terhadap masyarakat. Telefon merupakan suatu keperluan asas rakyat untuk berkomunikasi tidak kira untuk tujuan perniagaan, persendirian, kecemasan atau apa sahaja yang memerlukan interaksi antara dua pihak. Menyedari hakikat keperluan penggunaan telefon ini, maka Telekom telah mengambil langkah menyediakan kemudahan tersebut pada kadar sewa yang murah serta mampu untuk dimiliki oleh setiap rumah di negara ini.

Cukup menyedihkan apabila Telekom di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional kini lebih cenderung untuk mengaut keuntungan berdasarkan peningkatan permintaan perkhidmatan mereka tanpa mengambilkira kesan buruk yang akan ditanggung oleh rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman serta yang berpendapatan kecil.

Wajarkah alasan bayaran penggunaan rangkaian telefon selular digunakan dengan mengenepikan hak golongan miskin di negara ini? Perlukah bil telefon dinaikkan ketika negara sedang diazab dengan kejatuhan ekonomi yang cukup memeritkan ketika ini? Tidak cukupkah lagi sumbangan serta keuntungan diperolehi oleh TM Touch yang merupakan anak syarikat Telekom di negara ini?

Cukuplah dengan peningkatan kadar tol, petrol, air, elektrik serta barangan harian ditanggung oleh rakyat ketika ini. Janganlah kerajaan Barisan Nasional mendabik dada dengan kuasa yang ada sedangkan hakikatnya mereka gagal untuk memberi kesejahteraan kepada seluruh rakyat di negara ini.

Justeru itu saya menyeru kepada semua rakyat di negara ini supaya berani mengatakan "tidak" serta berdiri untuk menyatakan pendirian membantah sebarang tindakan kerajaan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang menindas rakyat.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com