UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ada Baiknya Iklim Politik Sejuk Sekejap

Oleh : OTHMAN MUDA

Realiti politik Malaysia kini agak senyap. ceramah politik tidak dibenarkan, Akhbar-akhbar pembangkang pula semakin merosot jualannya. Laman web reformasi semakin tidak dikunjungi. Orang ramai disibukkan dengan kegiatan harian, jadi cerita politik tidak menarik minat lagi.

Apa pun saya tidak begitu risau dengan perkembangan yang berlaku, jika penggerak atau aktivis parti terus menggerakkan perjuangan. Ya, untuk kita terus aktif selama empat tahun tanpa henti sehinggalah pilihan raya akan datang agak mustahil. Biarlah orang ramai berehat sekejap.

Tapi kegiatan asas mesti berjalan. Pertemuan sesama ahli parti, walaupun diadakan secara kecil-kecilan hendaklah diteruskan. Harakah pula mesti mempertingkatkan kualiti kerana ia satu program parti yang mempunyai audien paling ramai. Usrah, tamrin, dan kursus perkaderan harus berjalan seperti perancangan.

Bagi menghadapi publik, ada kalanya baik juga kalau fikiran mereka dapat disejukkan sekejap. Bagus juga tiada program besar-besaran yang membingitkan itu. Tapi pemimpin mesti selalu turun berjumpa rakyat. Bagi PAS, pertemuan dengan masyarakat bukan Islam hendaklah dikerapkan walaupun dalam majlis tidak formal.

Saya menjangkakan pilihan raya akan diadakan akhir tahun depan, iaitu lebihkurang satu setengah tahun lagi. Isu Anwar meletup pada September 1998, iaitu 14 bulan sebelum pilihan raya 1999. Jadi, menjelang pertengahan tahun ini, kegiatan politik mesti dirancakkan kembali.

Selain kekuatan dalaman ditingkatkan, saya rasa mungkin akan meletus isu-isu lain, yang walaupun tidak menyamai isu Anwar dulu, tapi boleh menggerakkan rakyat untuk menyokong pembangkang. Dan apabila hal ini berlaku, kita mesti mengeksploitasi hal ini secara bersungguh-sungguh. Tapi jangan lupa, dana kewangan mesti dikumpul dari sekarang, tanpa kompromi!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com