UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mengapa Begitu Bodoh Harapkan PM Pecat Khir?

Oleh : ABU MANSUR

Banyak berita dan maklumat tentang MB Selangor dalam Detikdaily ini yang saya baca. Kalau diikutkan segala bukti yang dikemukakan Lutfi, masa depan Khir boleh dianggap sudah berakhir. PM hanya menunggu masa yang sesuai untuk memecatnya saja.

Tapi, wajarkah kita mengharapkan PM, yang dikenali sebagai orang yang paling banyak melindungi perasuah besar dalam negara ini, untuk mengambil tindakan kepada menteri besar yang menjadi kepercayaannya? Saya rasa, daripada apa yang dilaporkan, seolah-olah Lutfi sendiri mengharapkan Mahathir akan melucutkan jawatan Khir. Saya pelik, sebagai penulis politik berpengalaman, yang mengenali Mahathir sejak sekian lama, boleh menaruh harapan agar Mahathir bertindak senekad itu.

Mungkin Lutfi terkeliru dengan apa yang berlaku kepada Abu Hassan Omar, yang meletakkan jawatan beberapa hari selepas akhbar terbitan Lutfi, Kritik, disebarkan di Dewan Undangan Negeri. Betul, berdasarkan dua kes ini, Lutfi membawa dokumen bukti yang tidak boleh dipersoalkan. Tetapi ada perbezaan yang nyata daripada respons Abu Hassan dan Khir terhadap skandal mereka.

Khir dengan disokong segala kroninya bertegas tida mahu meletakkan jawatan. Khis masih mengharapkan masa depan politiknya yang lebih gemilang. Beliau bertekad untuk menyerang balas Lutfi. Petanda awal apabila Khir tidak menunggu Lutfi menyebarkan akhbar Memo14 yang mendedahkan salahguna kuasanya. Khir boleh mengarahkan polis untuk membuat rampasan di kilang cetak sebelum akhbar berkenaan diedarkan kepada umum. Khir akan buktikan kepada Mahathir bahawa beliau tidak bersalah dengan menunjukkan tentangan hebatnya kepada usaha-usaha Lutfi untuk menjatuhkannya.

Manakala Abu Hassan berbeza. keluarganya sendiri mendesak agar Abu Hassan meletakkan jawatan kerana ia membabitkan soal maruah keluarga. Dan ABu Hassan jiwanya lembut mudah tersentuh. Kalau soal membaiki rumah rasminya pun dia boleh menangis apatah lagi jika didedahkan salahlaku moralnya. Dan akhirnya Abu Hassan meletakkan jawatan secara sukarela.

Apakah Lutfi mengharapkan Khir akan berbuat perkara yang sama? Khir masih muda belia, beliau belum puas dengan kuasa yang tidak terbatas untuk mengaut kekayaan demi kekayaan. Kroninya dan suku-sakatnya tidak akan membiarkan Khir meletakkan jawatan dengan mudah dan mengaku kalah kepada Lutfi. tentu tidak sama sekali.

Jadi, saya harap kita jangan terpedaya dengan mengharapkan Mahathir akan melucutkan jawatan menterinya yang terbabit dengan rasuah. Tidak sama sekali! Malah, untuk menunjukkan sikap keras kepalanya, Mahathir telah melantik Khir sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor. Biar padan muka Lutfi ...






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com