UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mengapa Bencikan Skandal Seks Tapi Dapat Maafkan Skandal Rasuah

Oleh : ORANG DALAM SUK

Selepas menonton VCD Skandal MB Selangor, baru saya jelas apa sebenarnya yang mahu diketengahkan oleh Ahmad Lutfi selama ini. Benar seperti kata Lutfi, skandal rasuah Khir Toyo hanyalah satu contoh bagaimana menteri-menteri besar BN menggunakan kedudukan, kuasa dan pengaruh mereka untuk memunggah kekayaan negara untuk kepentingan diri, puak dan kelompok masing-masing.

Dengan mengetahui bagaimana Khir mengamalkan rasuah, senanglah kita menjelaskan kepada rakyat, tentang mudahnya menteri-menteri Umno merampas harta rakyat, yang selama ini memberikan amanah dan kepercayaan untuk mereka memerintah. Antara kaedah Khir melakukan rasuah, seperti yang ditunjukkan Lutfi, adalah seperti berikut (saya jelaskan hanya dua saja):

1. Memberikan projek yang telahpun ditingkatkan nilainya berkali ganda kepada syarikat yang boleh memberi komisyen tinggi kepada MB. Misalnya, kalau projek asal menurut taksiran JKR ialah RM40 juta (itu pun sudah boleh dapat untung banyak), MB akan menaikkannya menjadi sehingga hampir RM100 juta. Jadi, kalau kontraktor sudah untung sampai RM50 juta, kalau MB minta setakat RM20 juta, dengan pejam mata pun kontraktor boleh bagi. Sama-sama merasa!

2. Memberikan tanah kepada syarikat yang dapat memberi komisyen kepada MB. Tanah di Selangor bernilai tinggi, misalnya tanah di Bukit Cherakah jika dijual tanpa perlu kita mengusahakannya, dengan hanya membayar premium tidak sampai RM500 untuk satu ekar, kita sudah boleh mendapat untung lebih RM200,000. Jadi kalau dapat 50 ekar, bukankah sudah boleh jadi kaya raya iaitu berjumlah RM10 juta. Bila MB minta komisyen setakat RM2-3 juta, itu semua tak jadi hal.

Tapi, apa yang pelik ialah persepsi rasuah pada kacamata umum. Berbanding skandal seks, isu salahguna kuasa atau amalan rasuah seperti hanya dipandang sebelah mata saja. Orang ramai tidak menganggap Khir yang mengamalkan korupsi dalam pemerintahannya sebagai manusia jijik, sepertimana jika beliau dituduh terbabit dengan perempuan simpanan atau sebagainya.

Sebab itu tidak ada pemimpin BN yang jatuh kerana rasuah. Rahim Tamby Chik itu pun akhirnya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka kerana kesnya dengan perempuan bawah umur walaupun isu rasuahnya cukup ketara, seperti dilaporkan oleh Lim Guan Eng kepada BPR berkali-kali, lengkap dengan segala bukti, seperti resit bayaran dan sebagainya.

Macam itu juga dengan kes Abu Hassan Omar. Abu Hassan turut mengamalkan rasuah yang membuatkan beliau kaya raya sekelip mata. Banyak tanah-tanah yang diberikan kepada PKNS atau anak-anak syarikat kerajaan negeri, kemudiannya dijual dengan harga murah oleh Abu Hassan selaku Pengerusi PKNS kepada syarikat kroni. Syarikat kroni yang mendapat untung banyak selepas membeli tanah PKNS dengan harga murah itu akan mengagihkan keuntungan besarnya dengan Abu Hassan. Tapi Abu Hassan akhirnya jatuh kerana skandal dengan perempuan juga.

Sebab itu saya tidak hairan apabila Khir bukan saja tidak tergugat dengan kes rasuahnya ini tetapi semakin kukuh kedudukannya pada kacamata Mahathir. Rasuah bagi PM satu amalan biasa yang dilakukan oleh menteri-menterinya. Oleh itu saya mencadangkan agar satu kempen besar-besaran dibuat bagi membuatkan rakyat benci dan muak dengan rasuah. Dengan itu mereka akan bersama-sama turun membanteras rasuah, terutama dengan memberikan maklumat perlu bagi memberkas orang yang dituduh rasuah.

Tapi soalan besar yang timbul: Selagi BPR mengikut sepenuhnya telunjuk PM, selagi itulah punca kepada isu rasuah ini tidak dapat diselesaikan. Rakyat tidak lagi boleh percaya kepada BPR, yang lebih bertindak sebagai Badan Pelindung Rasuah, yakni apabila seseorang menteri itu dituduh rasuah, maka BPR akan membersihkan segala tuduhan kepadanya.

Dalam isu Khir ini, percayalah, tidak lama lagi BPR akan membuat kenyataan rasmi membersihkan segala tuduhan Lutfi kepada Khir. Kalau tak percaya, tunggulah dalam waktu terdekat ini, Khir akan diisytiharkan sebagai MB Umno yang terbersih, suci murni!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com