UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Jangan Hanya Salahkan Tekanan Pemerintah, Tapi Lihat Juga Sikap Penakut, Jumud dan Pengecut Pemimpin Pembangkang

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Semua pihak akui sekarang adalah zaman paling sukar buat pembangkang. Kerajaan BN yang zalim, angkuh dan takbur itu cukup takut kehilangan kuasa. Pelbagai tindakan ganas untuk menundukkan sama sekali pembangkang dilakukan tanpa henti.

Khususnya bagi kakitangan kerajaan, para pensyarah, mahasiswa, mereka semua ditekan dengan pelbagai ugutan dan tindakan disiplin. Guru-guru yang didapati aktif menyokong pembangkang ditukar, kampus dibelenggu, masjid dikunci rapat buat ulamak yang berani berkata "tidak" kepada kezaliman kerajaan.

TV terutama di bawah seliaan bekas Ketua Pengarang Utusan, Zainudin Maidin benar-benar menjadi markas Umno untuk menyerang PAS. Tidak cukup dengan fitnah terhadap PAS yang dihubungkan dengan Taleban, kini mereka mahu mengungkit-ungkit kisah duka berdarah, Memali. Semuanya untuk memisahkan lagi PAS dengan golongan bukan Islam.

Lebih malang apabila Persatuan Mahasiswa Islam terutama di UTM dibubarkan walaupun tiada bukti yang boleh mensabitkan PMIUTM dengan sebarang kesalahan. Naib Canselornya kini mula bertindak lebih ganas apabila beberapa pensyarah yang dikatakan anti-pemerintah dikenakan tindakan disiplin, sehinggakan di UTM akan ditubuhkan badan perisikan untuk menyiasat kelakuan dan kecenderungan berpolitik para pensyarahnya.

Di UiTM dua pensyarah pengajian Islam ditukar ke Sarawak, hanya kerana mereka pernah hadir untuk memberikan tazkiran bulanan agama di sebuah markas PAS di Shah Alam.

Kakitangan kerajaan tidak selesa lagi untuk bercerita tentang isu-isu semasa takut ada SB yang melaporkan kepada ketua. Walhal soal rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang sepatutnya dibanteras habis-habisan dalam perkhidmatan awam terus berleluasa.

Saya cuma mengharapkan dalam suasana tegang dan sulit ini, kerja-kerja asas dalam politik pembangkang tidak terganggu. Sementara penyokong kita terus dinafikan hak, aktivis parti tidak boleh menyerah kalah. Pemimpin jangan jadi penakut sehinggakan nak adakan ceramah pun tidak berani. Mereka lebih memikirkan soal periuk nasi, jawatan sebagai ADUN atau Ahli parlimen. ISA bagaikan hantu yang menggerunkan sehingga aktiviti asas pun ditinggalkan.

Bagi saya, meskipun tekanan pemerintah semakin bermaharajalela, tetapi sumber utama yang memandomkan kegiatan pembangkang kini adalah sikap pengecut dan penakut pemimpinnya sendiri. Kalau ini tidak dapat diatasi, bersedialah menerima keputusan 2003 sama seperti 1995 ataupun lebih teruk lagi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com