UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Edar Memo17 Merata-rata Tanda Khir Gelabah dan Tidak Senang Duduk

Oleh : CIKGU REFORMASI

Rupa-rupanya gementar sungguh Khir Toyo dengan segala aduan Lutfi kepada BPR mengenai kes salahguna kuasa dan amalan korupsi yang dilakukannya, sehingga Memo17 yang ditajanya, yang penuh dan sarat dengan fitnah dan tohmahan kosong, diedarkan sehingga ke sekolah-sekolah di seluruh Selangor.

Saya merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Gombak turut menerima bahan fitnah tidak bermoral dari menteri besar yang terlalu takut dengan bayang-bayangnya sendiri.

Bukan saja saya, malah semua guru-guru di sekolah saya turut menerimanya. Khir Toyo menghantarnya melalui pos. Tidak cukup dengan itu, Khir juga menghantarnya melalui pos ke rumah saya di sekitar Selayang. Jiran-jiran saya juga mendapatnya, ada yang melalui pos dan lebih ramai lagi dihantar melalui tangan, pagi-pagi sudah dapat depan rumah.

Tapi bila meneliti kandungannya, Memo17 ini langsung tidak menjawab soalan-soalan berkaitan rasuah Khir Toyo. Saya pun bingung juga macam mana Khir boleh menghabiskan duit berjuta-juta untuk sebarkan bahan yang langsung tidak boleh membersihkan namanya yang cukup busuk itu.

Tapi, betul juga kata seorang kawan saya, "Apa Khir Toyo peduli, semua duit itu diperolehi melalui rasuah. Kalau dari projek pasang paip air pun sudah dapat RM20 juta rasuah, apa yang Khir takut-takut nak belanjakan untuk fitnahkan orang lain pula."

Sudahlah nama Memo17 pun sengaja dibuat untuk kelirukan pembaca yang selama ini mengikuti siri Memo yang diterbitkan oleh Lutfi, isinya pun hampas. Dan lebih teruk lagi, Khir takut nak cetak nama penerbit bagi membuktikan bahawa dia berada di pihak yang betul. Maka jadilah Memo17 itu macam surat layang saja, tidak ada pihak yang berani bertanggungjawab di atas segala kandungan dan tuduhan di dalamnya.

Bagi saya, ini bukan kerja seorang MB yang waras. Khir sudah hilang punca, namanya sudah busuk di seluruh negara. Kes rasuahnya dibincang di mana-mana. Tak padan sebagai seorang MB yang muda dan baru berkuasa tetapi sudah mengamalkan rasuah dalam pelbagai bidang:

1. Projek jalan di Sekinchan, dan Sungai Panjang

2. Bagi tanah kepada kroni dan penamanya, budak-budak berumur 20 tahun

3. Minta tanah PKNS kepada diri sendiri, kerana Khir adalah Pengerusi PKNS.

4. Dari mana dapat duit tunai RM150,000 untuk bayar pinjaman rumahnya di Kajang hanya selepas lima bulan jadi MB.

5. Bagi tanah dan kawasan balak kepada taukeh yang membiayainya kempen pilihanrayanya dulu, Pua Kim An dan Pua Kim Seng.

6. Naikkan kos projek pasang dan bekal paip air di Semenyih sehingga bernilai RM83 juta sedangkan sepatutnya hanya RM35 juta saja.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com