UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Al Azhar Mengesahkan Jihad Wanita Palestin Syariey

Oleh : Salman Al Munziri, Kaherah

Universiti Al Azhar mengesahkan bahawa tindakan berani mati wanita Palestin yang melakukan operasi syahid beberapa hari lalu adalah bertepatan dengan syariat Islam.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Lajnah Fatwa universiti Islam berkenaan, Syeikh Ali Abu Al-Hasan kepada agensi berita Al Qanat. Menurutnya lagi, wanita berkenaan mendapat anugerah syahid di sisi Allah dan mendapat kedudukan bersama para nabi dan siddiqin.

"Operasi syahid yang dilakukan oleh wanita berkenaan adalah syar'iy dan hukum ini tidak ada khilaf di kalangan fuqaha'."

Tambahnya lagi, hukum ini adalah berdasarkan hukum jihad itu sendiri. "Apabila musuh menceroboh ke dalam negara umat Islam walaupun hanya sejengkal, maka jihad menjadi fardhu ain ke atas seluruh penduduk negeri berkenaan. Maka orang perempuan boleh keluar berjihad tanpa izin suami mereka. Hamba boleh keluar berjihad tanpa izin tuannya dan orang yang berhutang juga boleh keluar berjihad tanpa izin pemiutang."

"Bahkan di zaman Rasulullah SAW lagi, operasi jihad turut disertai oleh orang perempuan dengan menjaga batas-batas pergaulan dengan lelaki."

PECAH REKOD

Operasi syahid wanita berkenaan memecah tradisi perjuangan rakyat Palestin menentang Israel di mana sejak tahun 1967, inilah kali pertama seorang wanita melakukan operasi seumpama itu.

Sehingga kini belum ada pihak yang mengisytiharkan bertanggung-jawab di atas operasi yang dilakukan oleh wanita berkenaan. Biasanya, sebaik sahaja berlaku operasi syahid, maka pihak yang merancang samada Jihad Islami ataupun Hamas dengan serta merta akan mengisy\tiharkan bertanggung-jawab.

Dalam pada itu ketua Kelab Tawanan Palestin, Isa Qaraqi' berkata, sejak tahun 1967 hingga kini Israel telah memenjarakan sepuluh ribu orang wanita Palestin dan ada di antara mereka yang dipenjarakan selama sepuluh tahun.

Menurut perkiraan kelab berkanaan, bilangan wanita Palestin yang berada dalam tahanan Israel sekarang ialah 13 orang termasuk seorang remaja berusia 14 tahun.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com