UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Tangkap Semula Badrul Amin: Dollah Badawi Makin Biadap

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Kebiadaban Menteri Dalam Negeri, Abdullah Ahmad Badawi semakin ketara apabila bekas tahanan ISA, Dr Badrul Amin Baharom, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan, disumbat semula ke Kemunting, 31 Januari.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Fauzi Saari mengesahkan hal ini, apabila memaklumkan Dr Badrul Amin diarah ke Ibu Pejabat Polis Gombak, jam 10.30 pagi hari yang sama. Sejak kemudian Badrul dihantar semula ke Kemunting untuk sekali lagi bersama rakan-rakannya yang lain, Ezam Mohd Noor, Saari Sungip, Lokman Nor Adam, Hishamudin Rais dan Tian Chua.

Bekas pensyarah UIA ini pertama kali ditahan pada 20 April tahun lalu bersama sepuluh aktivis refomasi apabila difitnah terbabit dalam komplot menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. Selepas dibebaskan pada 3 November lalu, dan dikenakan pelbagai syarat yang mengongkong kebebasannya, pada 7 Disember Dr Badrul Amin didakwa melanggar syarat itu apabila beliau membaca doa selamat dalam satu majlis parti di Taman Melati.

Hanya atas alasan sekecil itu, Dr Badrul Amin sekali lagi menjadi mangsa kejam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang nyata selama ini hanya dipergunakan untuk menakut-nakutkan pihak pembangkang.

Dollah Badawi mungkin mahu mengingatkan sesiapa saja yang berhasrat untuk menentang pemerintah zalim ini, bahawa kerajaan BN tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan apa saja elemen yang cuba menyanggah kepentingan mereka.

Ini juga memberi ingatan kepada kita semua bahawa, tekanan pemerintah zalim ini semakin keras dan perlu ditangani secara lebih strategik. Membiarkan arus politik dikuasai sepenuhnya oleh Umno hanya akan menjerumuskan negara tercinta ke lembah kebinasaan.

Soalnya, apakah selepas setahun teman-teman pejuang reformasi dikurung ISA, maka semangat penentangan terhadap undang-undang zalim itu sudah kendur? Mungkinkah penahanan semula Dr Badrul Amin akan memberikan nafas baru terhadap kempen membantah ISA ini, ataupun Dr Badrul dan teman-temannya dalam Kamunting akan sepi dan hilang begitu saja?

Hancur ISA, Hancur Penzalim!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com