UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Khir Guna Duit Rakyat Untuk Beli Iklan 2 Muka Penuh Warna Utusan Malaysia Bagi Pertahankan Dirinya

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Saya kesian tengok Khir Toyo yang kini tak sedang duduk dengan dakwaan rasuah yang dikemukakan Lutfi kepadanya.

Pertama, Khir Toyo membelanjakan wang berjuta ringgit untuk menerbitkan Memo14 (tiruan) dan kini Memo17, untuk mempertahankan dirinya yang teruk diserang oleh pelbagai dakwaan rasuah dan amalan salah guna kuasa.

Memo17 itu disebarkan secara percuma, termasuk di masjid-masjid, pejabat kerajaan, sekolah-sekolah dan kampus, tidak terkecuali klinik dan hospital kerajaan. Ia juga dikirim secara pos.

Kedua, Khir telah membelanjakan wang kerajaan negeri yang besar untuk membeli iklan-iklan berwarna dalam akhbar, misalnya Utusan Malaysia Jumaat 1 Februari.

Maka, tanpa rasa malu dan segan, Khir memilih gambar-gambarnya sendiri, hinggakan mengalahkan gambar Sultan Selangor, bagi menunjukkan aktivitinya menolong orang susah, bersama-sama memperbaiki dan membina rumah orang susah di Selangor.

Sedangkan semua orang tahu, berapa banyak wang komisyen yang diambil oleh Khir sendiri daripada Pua Kim An, 27 tahun, yang tinggal di Sekinchan ekoran projek buat jalan termahal di kawasan itu. Orang pun dah tahu berapa banyak kroninya yang dapat tanah berpotensi tinggi di Bukit Cherakah, Puchong, Kuala Langat dan banyak tempat lain lagi.

Tapi lebih buruk dari itu, orang ramai di sekitar Tanjong Karang tahu bagaimana Khir tidak mempedulikan orang-orang susah yang melarat yang rumah mereka tidak sampai pun 500 meter dari rumah ayahnya sendiri. Tinjauan kami menunjukkan begitu ramai penduduk sekitar yang miskin tetapi tidak pun pernah disapa oleh Khir.

Hanya selepas kami menyiarkannya melalui Memo16 barulah Khir terhegeh-hegeh nak tunjuk muka. Kalau wang rasuahnya setakat RM100 juta digunakan untuk bantu orang susah pun kami tak hairan kerana Khir boleh berbuat lebih daripada itu, demi menjaga kedudukannya yang semakin kritikal.

Dan kita nasihatkan Khir agar janganlah menggunakan wang rakyat untuk mempertahankan kedudukan dirinya yang goyang itu, gunakanlah duit sendiri daripada wang rasuah yang diperolehinya, termasuk daripada LBH Engineering yang dapat projek bekal dan pasang paip air di Semenyih hingga Banting itu.

Ingatlah Khir .....






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com