UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Walaupun Nampak Lesu, Rakyat Tetap Bersama Pembangkang!

Oleh : YANG TETAP MENGIDAMKAN KELAB PENYOKONG BA

Selama ini saya diberitahu ceramah-ceramah parti pembangkang tidak lagi mendapat sambutan hebat kerana orang ramai takut menghadirinya selepas pihak polis memberikan tekanan dan ugutan serta siri tangkapan.

Bagaimanapun, malam 31 Januari lalu, saya agak terkejut selepas lama tidak ke Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar. Penonton yang datang begitu ramai sekali, terasa seolah-olah satu semangat baru telah disuntik kepada pendokong gerakan Islam dan gerakan reformasi. Alhamdulillah.

Perkembangan ini bagi saya seolah-olah menjawab kebuntuan yange menyelimuti gerakan pembaharuan selepas alam politik tanahair seolah-olah dimonopoli sepenuhnya oleh BN.

Saya bersetuju sekali dengan cadangan Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar pada malam itu, yang menyeru setiap penggerak pembangkang, di semua peringkat, agar memecahkan monopoli BN. Ini kerana, jika keadaan sekarang berterusan, di mana suasana politik dilihat memihak kepada BN, dibimbangi jika diadakan pilihan raya mengejut, BN akan mendapat kejayaan gemilang.

Saya mengharapkan, seperti kata Wartawan Detikdaily, yang merumuskan bahawa ada kalanya perlu juga iklim politik sejuk sekejap terutama dalam kegilaan pemerintah berlaku zalim semahu-mahunya. Yang penting, rakyat dapat didedahkan dengan maklumat sebenar, dan berterusan berazam untuk menjatuhkan kerajaan BN yang kuku besi ini.

Maknanya, walaupun rakyat diam tidak bersuara menentang Umno penzalim itu, tetapi hati mereka tetap bersama kita. Mereka tetap bencikan kronisme, rasuah, korupsi, penyelewengan. Mereka tetap simpati dengan nasib malang yang menimpa Anwar Ibrahim dan rakan-rakan aktivis reformasi yang masih dikurung dalam kem Kamunting.

Sesekali kita tunjukkan kepada Mahathir bahawa rakyat tetao bencikan pemerintahannya yang korup dan tidak berakhlak itu.

Tapi, kita kena bekerja lebih kuat. Gerakkan segala sendi kekuatan kita. Pelbagaikan kegiatan, kalau ceramah dihalang, pertama, teruskan juga ceramah itu, biar orang ramai melihat kezaliman kerajaan. Dan kedua, kreatifkan aktiviti parti. Berjagung-jagung dulu sebelum padi masak.

Lagi satu, seperti pandangan rakan-rakan yang lain, gerakkan semula laman-laman reformasi yang nampak kendur dan tidak bersemangat. Dan pimpinan BA pun, tengok-tengoklah apa sudah jadi dengan laman-laman ini. tanyalah khabar mereka, apa masalah yang mereka hadapi. Bukankah laman-laman ini juga yang menjana kebangkitan reformasi dulu.

Saya pun tak mahulah nak tegur selalu pemimpin BA ini, nanti dikatakan agen Umno pula. Tapi, kalau sudah tak betul, nampak selesa sangat mereka, jarang nak ambil tahu problem yang timbul dari kenyataan dan tindakan mereka, kenalah juga tegur.

Pimpinan kuat BA seperti Fadil Noor, Kak Wan, Hj Hadi, Nik Aziz, Syed Husin pun mesti ditegur, dibetulkan kalau mereka salah. Takkan kerana mereka ulamak dan tok guru maka semua yang dilakukan betul belaka? Tidak, banyak juga yang wajar dibetulkan.

Saya fikir ruang yang cukup luas yang diberikan oleh Detikdaily untuk teguran dan pandangan berbentuk kritikan kepada BA, khususnya dalam tempoh terdekat adalah satu langkah yang cukup wajar. Pilihan raya diandaikan dua tahun lagi, maka segala perdebatan tentang kelemahan diri harus dibuat sekarang. Kalau dekat sangat dengan pilihan raya dibimbangi dijadikan hujah parti lawan untuk menyerang balik kita.

Tidak dapat tidak, parti Keadilan mesti dikuatkan lagi. Kuat Keadilan kuatlah pembangkang. Lemah Keadilan lemahlah pembangkang, sukalah Mahathir. Mahathir kalau ikut hatinya mahu kuburkan saja Keadilan sepertimana nasib Semangat 46 dulu.

Semoga kita dapat merenung apa yang dapat kita lakukan lagi ....






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com