UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Syabas dan Tahniah Mohd Sabu, Taib Azamudin, Suhaimi Ahmad!

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Bila membaca berita di bawah tentang penangkapan tiga wakil rakyat PAS kerana kesalahan berceramah di majlis yang tiada permit, sehingga mereka dikurung semalaman di balai polis, saya menarik nafas lega.

Sejak minggu lalu, saya meluahkan rasa kecewa di atas sikap pasif pemimpin PAS untuk menentang peraturan gila yang tidak demokrastik ini. Pihak polis telah diperalatkan oleh Umno untuk menjahanamkan PAS. Selepas kegiatan reformasi dilumpuhkan dengan penahanan Ezam, Saari Sungip, Hishamudin Rais, Tian Cua, Lokman Noor Adam dan yang terbaru Dr Badrul Amin pula disumbatkan kembali ke Kamunting, aktiviti PAS mahu dihentikan terus dengan mengharamkan pula program ceramah.

Jawatankuasa PAS Pusat difahamkan telah mengambil keputusan meneruskan sebarang program ceramah walaupun dihalang. Dan sejak itu tidak sedikit pimpinan dan ahli-ahli PAS yang ditahan, dan banyak majlis ceramah yang disuraikan secara keganasan oleh pihak polis dengan semburan air kimia dan tembakan gas pemedih mata.

Saya bukannya berhasrat menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan, apatah lagi secara militan. Saya hanya menggesa pimpinan pembangkang mengambil apa-apa inisiatif perlu bagi memecahkan monopoli BN terhadap percaturan politik masa kini.

Sementara itu media pembangkang, khususnya Harakah dan Harakahdaily seharusnya lebih prihatin dengan isu-isu kebebasan bersuara ini. Satu tindakan segera mesti dibuat ialah mendokumentasikan apa-apa perkembangan negatif terutama yang berupa keganasan pemerintah untuk menyekat pembangkang daripda terus mengadakan ceramah. Dan ia harus dihebahkan kepada dunia, terutama badan-badan lobi antarabangsa berkaitan isu kebebasan bersuara. Biar dunia menekan pemerintah yang mendakwa mereka juara demokrasi dan ati keganasan tetapi sebenarnya merekalah pengganas yang mencabul erti demokrasi yang sebenarnya.

Apa pun tahniah kepada Sdr Mohamad Sabu, Ustaz Taib Azamudin dan Ustaz Suhaimi Ahmad! Diharap kalian menjadi contoh untuk aktivis pembangkang yang lain untuk terus memberikan kempen penerangan kepada rakyat di tengah-tengah kegilaan media yang dikawal mutlak BN berbohong dan memalsukan fakta.

Baca berita di bawah:

Tiga pemimpin, 46 penyokong Pas ditahan hadiri ceramah tanpa permit

BALING,Jumaat 1 Feb- Polis menahan tiga pemimpin Pas, termasuk Mohamad Sabu, dan 46 penyokong parti itu kerana menghadiri ceramah tanpa permit di markas Pas Kampung Banggol Chicar di Kupang dekat sini Khamis malam. Pemangku Ketua Daerah Polis Baling DSP Shukri Awang yang dihubungi berkata pemimpin-pemimpin Pas yang ditahan itu adalah anggota Parlimen Kuala Kedah Mohamad Sabu, anggota Parlimen Baling Taib Azzamuddin Mohd Taib dan anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kupang, Suhaimi Ahmad.

Katanya, ketiga-tiga mereka adalah penceramah pada perhimpunan itu yang dihadiri kira-kira 1,300 orang.

Kesemua mereka telah dibebaskan pada 7 pagi tadi dengan jaminan polis.

Shukri berkata polis telah mengarahkan ceramah itu dihentikan kerana penganjurnya tidak mempunyai permit tetapi mereka meneruskan juga sehinggalah Pasukan Polis Simpanan Persekutuan terpaksa menyembur air untuk menyuraikan perhimpunan itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com