UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kejadian Sebenar Memali Mesti Dibongkar!

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Dengan menayangkan kembali sedutan peristiwa Memali, Kerajan BN sebenarnya bermain dengan api. Memali adalah lambang kezaliman Umno yang menggunakan apa saja kekuatan untuk memadamkan langsung penentangan terhadapnya.

Memali dicetuskan bukan dengan tindakan ganas penyokong Ustaz Ibrahim Libya kepada pasukan keselamatan, tetapi berpunca apabila pihak polis bertindak ganas mahu menangkap Ustaz Ibrahim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ramai tidak menyedari bahawa Ibrahim Libya mahu ditangkap oleh ISA di atas kegiatannya menentang kerajaan, melalui kuliah penerangan yang disampaikannya. Tidak pernah terbukti beliau ada rekod jenayah, begitu juga dengan penyokongnya.

Dan sampai kini belum ada apa-apa dakwaan atas kesalahan jenayah yang pengikutnya lakukan seperti yang heboh diperkatakan apabila operasi tangkapan itu dijalankan.

Ibrahim Libya adalah seteru politik kepada Umno kawasan Baling. Sebab itu Musa Hitam, Menteri Dalam Negeri ketika itu berkata, bahawa banyak desakan dibuat oleh Umno Baling supaya Ibrahim Libya ditangkap. Dan perlu diingat lagi, bahawa Mahathir ketika kejadian itu sudahpun berlepas ke Beijing kerana lawatan kerja di China.

Kita perlu membongkar bagaimana layanan buruk serta tidak berperikemanusiaan kepada mangsa-mangsa Memali, lelaki wanita dan juga anak-anak termasuk yang masih dalam susuan ibu. Ada yang dipijak pinggang hingga lumpuh, dan akhirnya meninggal dunia.

Rasanya perlu insiden ganas dan zalim BN ini dibongkar semula untuk peringatan buat rakyat bahawa yang zalim dan ganas adalah BN.

Mereka mahu menayangkan Memali semula kerana menurut tanggapan sempit Zam, dengan membutkan rakyat teringat kes Memali maka imej PAS akan menjadi lebih buruk. Tidak cukup dengan mengaitkan KMM, Al-Maunah dan Taleban dengan PAS, maka jentera propaganda BN yang menggunakan duit rakyat itu terus menaburkan fitnah jahat yang tidak bermoral.

PAS khsusunya jangan tinggal diam. pelik, yang banyak membantah klip video mengaitkan PAS dengan Taleban dan keganasan adalah DAAP bukannya PAS. Harakah sendiri tidak memberikan tumpuan kepada kempen jangka panjang terburuk ini, manakala pemimpinnya seperti buat tak kisah saja.

PAS harus ingat, walaupun kempen jahat BN itu nampak seperto orang bodoh saja, dan kita mungkin rasakan tidak ramai yang terpengaruh dengannya, tapi yang mesti kita ingat, BN pun tidak jangkakan akan ramai org terpengaruhi dengan taktik bodoh mereka itu. Ingat, BN hanya mahukan sejumlah kecil rakyat yang terpengaruh dengan iklan tidak berbayar itu. Ini kerana mereka ada banyak lagi projek untuk tarik sokongan rakyat dalam isu-isu lain.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com