UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pak Lah Akan Jaga Kepentingan dan Kedudukan Khir Walaupun Laporan BPR Boleh Mensabitkannya Dengan Kesalahan Rasuah

Oleh WARTAWAN DETIKDAILY

PUTRAJAYA: Meskipun Badan Pencegah Rasuah telah menyiapkan laporan penyiasatannya ke atas dakwaan rasuah yang dibuat Ahmad Lutfi Othman terhadap Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, namun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai tidak akan mengambil sebarang tindakan drastik kepada Khir.

Menurut sumber BPR, laporan BPR mengenai kes rasuah Khir itu telahpun berada di pejabat Perdana Menteri dan tentulah Abdullah yang kini menjalankan kerja-kerja Perdana Menteri telahpun membacanya. "Jika mahu mendakwa Khir di atas kesalahan rasuahnya, berdasarkan maklumat yang ada, pihak Jabatan Peguam Negara boleh memulakan tindakan itu. Bagaimanapun, oleh kerana Khir merupakan tokoh politik Umno, maka pilihan yang ada pada Pak Lah hanyalah mengambil tindakan berbentuk politik," tambah sumber BPR itu lagi.

Ditanya lebih lanjut bentuk tindakan politik ke atas menteri Umno yang terbabit dengan amalan rasuah dan salahguna kuasa, sumber BPR itu menjelaskan, "Khir mungkin diminta berhenti, atas sebarang alasan yang difikirkan munasabah, misalnya soal kesihatan ataupun ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara." Bagaimanapun, satu sumber berita daripada pihak yang mendakwa rapat dengan Pak Lah menyanggah jangkaan itu. "Pak Lah adalah orang yang paling berkepentingan di sebalik perlantikan Khir dulu. Sebenarnya Pak Lah yang mencadangkan nama Khir melalui anak PM sendiri. Dan antara pihak yang mendapat banyak projek dan tanah di Selangor adalah kroni Pak Lah," dakwa sumber itu lagi.

"Oleh itu, jangan harap sama sekali Pak Lah akan mengambil sebarang tindakan kepada Khir walaupun sudah jelas bukti daripada laporan siasatan BPR. Malah dalam kelulusan mesyuarat Exco berkaitan tanah di Kuala Langat, kroni Pak Lah turut mendapat habuan lumayan itu. "Dan kami ada bukti bahawa seorang kroni Pak Lah boleh mendapat lebih 200 ekar tanah bernilai tinggi di Puchong," dakwanya lagi. "Percayalah, Pak Lah tetap akan mempertahankan Khir yang terbukti mengamalkan rasuah itu," sambungnya lagi.

Difahamkan juga, penerbit akhbar Cabaran yang banyak mendedahkan salah laku Khir telah diberi amaran mulut agar jangan lagi membesar-besarkan soal rasuah Khir Toyo. Dan harus diingat, Ahmad Lutfi yang membuat pendedahan rasuah Khir, bukan saja semua akhbar Memo14 dirampas sebelum sempat diedarkan, malah beliau turut ditangkap hanya untuk memastikan maklumat tentang rasuah Khir tidak disebarkan pada hari persidangan DUN Selangor, bermula 29 Oktober. "Siapa yang membuat arahan kepada polis Bukit Aman untuk menyerbu masuk ke kilang percetakan Memo14 itu kalau bukan seorang yang boleh mempengaruhi pihak polis untuk berbuat demikian, yakni Pak Lah sendiri, sebagai Menteri Dalam Negeri," tambah sumber itu lagi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com