UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mat Taib berundur selangkah tapi tidak bererti kalah kepada Khir

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

SHAH ALAM: Perlantikan Khir Toyo, Menteri Besar Selangor sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor yang baru tidak boleh disifatkan sebagai satu pengiktirafan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad kepadanya, tetapi lebih kepada penukaran suka sama suka, antara Muhammad Muhd Taib dengannya.

Menurut sumber yang rapat dengan Naib Presiden itu, Mat Taib terpaksa menarik diri bagi memberi laluan mudah kepada Khir kerana terdapat usaha secara halus daripada Khir untuk menyekat Mat Taib, khususnya dalam hal mencari dana kewangan untuk parti.

“Mat Taib tahu, tanpa jawatan tinggi dalam kerajaan, kedudukannya sebagai Naib Presiden Umno tidak boleh memberikan apa-apa kepada ahli parti, terutama sumbangan kewangan ataupun projek. Jadi, untuk apa beliau menjadi tunggul mati sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri,” kata sumber itu lagi.

“Keadaan menjadi agak pelik bila berlangsung majlis anjuran Umno Selangor, iaitu siapa yang akan bercakap dulu. Kalau dari segi protokol parti, tentulah Mat Taib selaku Naib Presiden Umno dan juga Ketua Umno Selangor yang akan berucap di akhir majlis, tetapi apa yang berlaku, Khir yang hanya menjadi timbalannya dalam Umno Selangor, akan menjadi pemidato utama,” ujar sumber itu.

“Dan lebih menyukarkan lagi keadaan apabila Khir secara halus menghalang usaha Mat Taib daripada mendapatkan dana untuk parti. Dan kalaupun Mat Taib yang mencari sumber kewangan itu, pastinya taukeh-taukeh yang mendapat banyak laba dari projek kerajaan negeri lebih selesa menderma kepada Khir selaku MB.

“Difahamkan banyak derma yang diserahkan oleh taukeh-taukeh ini kepada Khir tidak sampai kepada Bendahari Umno negeri. Ini kerana bendahari adalah orang Mat Taib dan Khir tentulah tidak mahu, dia yang mencari derma tetapi akhirnya yang mendapat nama ialah Mat Taib pula,” tambah sumber itu lagi.

Khir yang menghadapi pelbagai tuduhan berkaitan rasuah dan amalan salah guna kuasa dikatakan sedang merencanakan agenda politiknya. Dan halangan utama yang mesti disisihkannya ialah Mat Taib sendiri. Khir mahu menapak lebih tinggi dalam Umno, dan Umno Selangor sepatutnya hanya berkiblatkan beliau sebagai MB, bukannya lagi Mat Taib.

Seorang aktivis Umno Gombak memaklumkan kepada kami: “Bagus apa yang dilakukan oleh Lutfi, dengan membuat siri aduan kepada BPR. Budak Khir ni sudah melampau, tak sabar-sabar lagi nak pihak kepala orang yang lebih senior. Dia ingat Mat Taib tak ada mata tentang apa yang dilakukannya.

“Dan bagi saya, taktik Mat Taib menyerahkan jawatan ketua Umno Selangor kepada Khir adalah satu langkah strategik. Sebagai orang nombor dua, Mat Taib tidak lagi terbeban untuk menyumbangkan sesuatu kepada ahli-ahli Umno khususnya berkaitan projek, tanah dan wang.

“Dengan kedudukannya sebagai ketua sekarang, Khir akan lebih ghairah lagi makan suap dan menerima rasuah untuk diagihkan ke peringkat lebih baik. Maka semakin cepatlah Khir akan jatuh nanti.”






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com