UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mengapa Khir Ambil Pendekatan Gerila Tangkis Serangan Lutfi?

Oleh : PAK TEH

Khir Toyo punya segalanya. Masakan tidak, kalau dia boleh arahkan polis Bukit Aman dan Shah Alam merampas semua akhbar Memo14 sejumlah lebih 43,000 naskhah di Seksyen 19, sehari sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri Selangior, dan dia juga boleh arahkan polis menangkap Ahmad Lutfi ketika itu, tentulah hal-hal lain yang lebih kecil mudah dilakukannya.

Sebagai Menteri Besar yang dilantik atas pilihan Mahathir, Khir adalah anak emas PM. Khir memberikan segala yang diperlukan oleh PM khususnya dalam kes Putrajaya. Justeru, biar apa pun tuduhan rasuah yang dilemparkan kepada Khir, PM akan diamkan saja. Bukankah bagi PM, isu rasuah melalui pemberian projek dan tanah-balak adalah satu perkara biasa?

Tapi, yang menghairankan orang ramai, mengapa Khir mengambil pendekatan gerila untuk berdepan dengan Lutfi. Ya, lihat saja jentera propaganda Khir untuk menangkis tuduhan rasuah kepadanya.

Sudah dua kali Khir menaja akhbar yang tidak mempunyai nama penerbit dan tidak diketahui siapa pula yang menyebarnya. Semua nama-nama penulis di dalamnya adalah nama samaran, yang tidak diketahui siapa identiti mereka. Begitu juga dengan laman-laman web yang ditubuhkan khusus untuk membela Khir, tidak ada juga pengenalan diri. Semuanya ibarat baling batu sembunyi tangan, langsung tidak berani bertanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan.

Penulis-penulis upahan Khir ini menjilat apa saja yang diperlukan Khir bagi mempertahankan kedudukannya yang mula dirasakan goyah. Mereka melakukan pembohongan dan fitnah, sesekali melalak minta Lutfi bersumpah itu dan ini. Walhal golongan penakut ini terus bersembunyi di sebalik lalang kering.

Penulis upahan ini merasa bebas melakukan apa saja dakwaan dan tohmahan kerana mereka rasa diri mereka mendapat perlindungan. Dengan tidak menonjolkan siapa sebenarnya mereka, maka bebaslah mereka melemparkan tuduhan, yang pada asasnya bertujuan supaya orang ramai yang sudah hilang keyakinan kepada Khir bercakap soal lain.

Khir sendiri melakukan pembohongan demi pembohongan termasuk di sidang DUN. Itu bukan hal yang pelik, bukankah peribahasa Melayui mengatakan: “Bercakap bohong, lama-lama jadi pencuri (menteri).” Orang tuduh kata Khir beri 400 tanah di Bukit Cherakah kepada satu syarikat yang dikuasai oleh seorang saja, iaitu Rozali Ismail, yang kini adalah penyumbang besar dana buat Khir terutama untuk projek-projek di Sungai Panjang dan Tanjong Karang, Khir mencari helah mengatakan banyak pihak tidak suka kepadanya kepada dia beri tanah kepada orang susah yang sudah puluhan tahun memohon tanah.

Sebenarnya dari segi hujah, Khir sudah boleh tutup buku. Jawapan kepada tuduhan dia menganugerahkan projek jalan di Sekinchan kepada kontraktor bermasalah, Meram Holding, dengan harga terlalu mahal, langsung tidak masuk akal. Begitu juga mengenai empat budak muda berumur 20 tahun yang dapat 50 ekar tanah di Kuala Langat. Ramai juga pemohon yang berjaya mendapat 50 ekar tanah di Shah Alam rupa-rupanya tidak tahu menahu bahawa mereka telahpun menjadi jutawan segera kerana memperolehi tanah-tanah bernilai tinggi itu.

Sebenarnya inilah bentuk rasuah yang disamarkan bagi mengelak dari dikenakan tindakan undang-undang. Rasuah tidak bermakna seseorang itu mendapat habuan lumayan berbentuk wang atau keistimewaan lain kerana memberikan sesuatu perkhidmatan, tetapi rasuah sebenarnya sedang membarah dengan kronik sekali apabila tanah dan projek diberikan kepada syarikat yang dipertikai, apatah lagi bila didapati orang yang mendapat tanah/projek itu sebenarnya tidak layak memperolehinya, malah mereka hanya penama bagi pihak yang ada kaitan dengan Menteri Besar yang meluluskannya.

Namun begitu ramai pihak belum menyedari bagaimana jijiknya amalan rasuah Khir yang terselindung itu. Justeru, pelbagai penerangan dan kempen perlu dijalankan dengan lebih giat lagi bagi mendedahkan hal yang sebenarnya berlaku di negeri Selangor tercinta ini.

Dan untuk Paparazi yang berselindung di sebalik nama Tepak Bersulam, janganlah nak bodek sangat Khir Toyo perasuah terhebat itu. Hinggakan penuh gambar-gambar Khir dipamerkan dalam laman webnya dan lucunya, Paparazi ini cuba menggambarkan takutnya pembangkang dan Lutfi dengan Memo17 mereka. Nak tahu sebab apa? Paparazi mahu Khir percaya bahawa akhbar tajaannya itu sudah menggegarkan pembangkang dan oleh itu perlu lebih banyak akhbar seumpama itu disebarkan kepada umum. Yang penting bagi Paparazi, duit masuk, kalau perlu dicetak lagi, tentulah duit masuk berduyun-duyun. Kami dah tahulah temberang kau Paparazi yang hina dina itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com