UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Dr Khir dianggap jadi beban Umno Selangor

Oleh : wartawan detikdaily

Naib Presiden PAS, Dato' Hasan Mohd Ali kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana tidak menyiarkan kes penyelewengan yang didakwa membabitkan Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, Dr Mahathir tidak mahu mengulas penyelewengan wang yang dilakukan oleh Dato' Seri Khir Toyo kerana dia merupakan orang pilihannya sendiri.

"Rasuah dan salah laku yang dilakukan oleh Dr Khir Toyo menyebabkann Umno Selangor telah berpecah dan terbahagi kepada dua kumpulan. "Satunya kumpulan bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd Taib Mohammad dan satu lagi kumpulan Dr Khir sendiri,"katanya.

Sebulan lalu, beliau bersama Adun Sungai Besar, Ustaz Sallehen Mokhyi dan Pengarang Akhbar Memo, Ahmad Lutfi Othman membuat laporan polis dan menyerahkan memorandum kepada BPR di pejabatnya di Putra Jaya.

Dr Hasan berkata, perpecahan yang berlaku antara penyokong dan Umno amat dahsyat sebagaimana yang pernah berlaku di zaman bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurutnya, Dr Khir kini dianggap veteran Umno sebagai beban kepada Umno Selangor, biarpun dia dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang baru.

"Saya meramalkan perpecahan besar akan berlaku antara kumpulan Khir Toyo dengan Mohd Taib dan perpecahan ini akan memberi kesan positif kepada pembangkang.

Beliau juga turut kesal dengan kenyataan pemimpin Umno sebagaimana dilaporkan dalam tabloid Memo 17, kononnya telah berlaku perpecahan dalam PAS membabitkan Naib Presiden PAS, Senator Haji Hasan Syukri dengan Dr Hasan.

"Sebenarnya Umno membuat kenyataan ini kerana mahu menutup perpecahan yang berlaku antara pimpinannya," katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com